December 12, 2009

Malaysia mesti bekerjasama dengan syarikat teknologi

SAN FRANCISCO 11 Dis. - Industri halal Malaysia boleh menggerakkan rantaian industrinya jika kerjasama dijalin dengan syarikat yang digerakkan teknologi bagi menghasilkan lebih banyak produk atau komponen yang mengikut pematuhan Syariah.

Dalam merealisasikan ini, Ketua Pegawai Eksekutif Halal Development Corporation Sdn. Bhd., Datuk Jamil Bidin berkata, Malaysia seharusnya menarik syarikat yang betul-betul kukuh untuk terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi mewujudkan produk inovatif, bukan sahaja dalam segmen makanan tetapi juga bukan makanan.

"Dalam bergerak ke hadapan, kita mesti inovatif dan kreatif untuk menembusi pasaran di masa hadapan memandangkan permintaan pengguna kian meningkat.

"Kita boleh mendapat peluang untuk bekerjasama dengan institut penyelidikan di Amerika Syarikat (AS) bagi mempertingkatkan lagi inovasi kita dan ini boleh menjadikan Malaysia, pakar dengan daya saing khusus dalam industri halal," kata beliau di sini di luar acara misi pelaburan dan perdagangan ke Amerika Syarikat yang diketuai oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

Jamil berkata, syarikat multinasional yang terlibat dalam industri seperti farmaseutikal dan kosmetik sentiasa meninjau produk baru bagi menampung permintaan di pasaran.

Beliau berkata, melalui kerjasama dengan syarikat-syarikat ini, ia membolehkan syarikat Malaysia menembusi pasaran AS yang mempunyai kira-kira lapan juta penduduk Islam yang tinggal di Amerika Utara.

Dalam menyasarkan potensi bagi industri halal di AS, Jamil membandingkan populasi Islam dengan populasi Yahudi iaitu kira-kira 5.5 juta di Amerika Utara, yang menggunakan makanan sembelihan Yahudi melebihi AS$7 bilion (RM23.8 bilion) setiap tahun.

"Saya amat gembira kerana menemui mereka yang tepat dalam misi ini. Mereka ialah dari komuniti perniagaan inovasi dan mereka menghormati Malaysia dari segi pengetahuan halal. Itu sebabnya mereka juga amat berminat bekerjasama dengan kita," kata beliau. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers