December 7, 2009

Lagi GLC perlu disenarai

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Lebih banyak syarikat milik kerajaan (GLC) patut disenaraikan di Bursa Malaysia dalam usaha menarik kemasukan para pelabur global di pasaran tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd, Datuk Yusli Mohamed Yusoff berkata, langkah itu bukan sahaja mampu merancakkan pasaran sebaliknya akan mengembalikan pelabur-pelabur asing yang semakin berkurangan di pasaran Malaysia.

Beliau berkata, penyenaraian GLC akan meningkatkan profil pasaran tempatan, sekali gus akan menarik minat kedatangan pelabur-pelabur luar negara.

Katanya, penyertaan syarikat-syarikat besar amat diperlukan kerana Malaysia kini menghadapi persaingan yang begitu sengit dengan negara-negara serantau seperti China dan Indonesia.

''Malaysia memang mempunyai banyak syarikat yang berminat untuk disenaraikan tetapi kebanyakannya adalah syarikat kecil sedangkan selera para pelabur asing lebih kepada syarikat besar.

''Pelabur asing melabur ke sesebuah negara bukan disebabkan saiz negara berkenaan besar sebaliknya tarikan syarikat-syarikat besar dan berpotensi.

''Sudah sampai masanya, GLC bersama-sama menyahut peluang terbaik ini sekiranya negara benar-benar serius untuk menarik pelabur asing,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Jelasnya, kerajaan mempunyai banyak GLC yang berpotensi besar tetapi tidak disenaraikan antaranya syarikat petroleum, perladangan dan komoditi.

''Kita memang akui Malaysia memiliki syarikat minyak terbaik, syarikat-syarikat peladangan dan komoditi berpotensi besar.

''Tetapi sayangnya, kita tidak menawarkan saham-saham syarikat-syarikat ini dalam pasaran,'' ujar beliau.

Yusli mengakui kepentingan sesetengah GLC kepada negara, bagaimanapun penyenaraian boleh hanya melibatkan sebahagian daripada operasi syarikat-syarikat berkepentingan tinggi itu iaitu operasi anak-anak syarikat.

''Tidak semestinya penyenaraian dibuat secara menyeluruh, ia boleh dilakukan melibatkan dua pertiga atau satu perempat daripada operasi syarikat-syarikat terbabit.

''Kami mempunyai banyak cara untuk profil perniagaan di pasaran,'' ujarnya.

Beliau mengakui pernah mencadangkan perkara tersebut kepada kerajaan yang mempunyai kata pemutus dalam pelaksanaannya.

Yusli berkata, kebanyakan negara luar amat berbangga sekiranya dapat menyenaraikan syarikat-syarikatnya yang besar kerana ia memberikan pendedahan kepada pasaran tempatan dan juga negara berkenaan.

''Malaysia yang memiliki tadbir urus yang baik, infrastruktur serta piawaian pasaran bertaraf dunia, juga sepatutnya mempunyai syarikat berprofil tinggi dalam pasaran..

Beliau menambah, kerajaan juga perlu mengambil kesempatan supaya syarikat-syarikat multinasional (MNC) yang berjaya di Malaysia disenaraikan di Bursa Malaysia.

''MNC telah menikmati banyak faedah daripada pelbagai insentif kerajaan dan bagi saya tidak keterlaluan sekiranya mereka berkongsi keuntungan dengan Malaysia semula,'' jelasnya.

Beliau juga berkata, pihaknya hairan dengan berkurangnya kegiatan penggabungan dan pengambilan alih (M&A) dalam pasaran tempatan.

Jelasnya, M&A bukan sahaja akan merancakkan pasaran tetapi juga merupakan proses paling pantas untuk mengembangkan perniagaan.

''Kalau syarikat Malaysia mahu berkembang secara organik memang lambat, lihat sahaja bagaimana kedudukan Kumpulan CIMB (kedudukan lebih baik) sekarang selepas M&A.

''Meskipun M&A bukanlah budaya di Asia tetapi Malaysia perlu M&A untuk meningkatkan jumlah syarikat-syarikat besar di negara ini.

''Selain itu, proses M&A akan meningkatkan nilai dan pertumbuhan syarikat berkenaan untuk membolehkan syarikat-syarikat Malaysia menjadi juara serantau dan bukan hanya jatguh kampung,'' kata Yusli sambil menambah pihaknya juga tidak menyekat kegiatan 'hostile take over' (pengambilan alih secara paksa).

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers