December 8, 2009

Bursa ditutup bercampur-campur

KUALA LUMPUR 7 Dis - Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini dengan kebanyakan peserta tidak memasuki pasaran kerana kekurangan petunjuk baru, kata para peniaga.

Pada pukul 5 petang, petunjuk pasaran Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) merosot 4.84 mata kepada 1,265.36."Urus niaga teramat lengang dan aktiviti belian juga terhad," kata seorang peniaga.

Sementara itu, Maybank Investment berkata yang FBM KLCI mempunyai nisbah risiko pulangan yang kecil dan mungkin akan terus melorot turun ekoran fasa pembetulan penurunan.

Katanya, sementara terdapatnya beberapa dana asing di Malaysia, dana tempatan mungkin akan mula mengambil keuntungan dan mencairkan saham mereka yang telah meraih pulangan yang baik sejak Mac/April 2009.

Indeks FBM Emas merosot 21.15 mata kepada 8,422.92, Indeks FBM Top 100 turun 24.65 mata kepada 8,232.92 dan Indeks FBM70 menokok 3.33 mata kepada 8,083.60.

Indeks kewangan berkurangan 36.98 mata kepada 10,849.68 dan Indeks Perusahaan lebih rendah 14.37 mata kepada 2,677.89, Indeks FBM ACE susut 35.82 mata kepada 4,313.31 dan Indeks Perladangan menambah 29.99 mata kepada 6,314.06.

Saham-saham rugi mengatasi saham untung dengan 309 berbalas 295 sementara 256 kaunter tidak berubah dan 423 yang lain tidak diniagakan.

Jumlah dagangan mengukuh kepada 669.324 juta saham bernilai RM848.304 juta berbanding Jumaat lepas iaitu 657.990 juta saham bernilai RM876.974 juta.

Di kalangan saham aktif, SAAG Consolidated naik 1.5 sen kepada 19.5 sen, AWC menambah tiga sen kepada 25.5 sen, Green Packet-Warrant susut 4.5 sen kepada 67.5 sen dan Talam Corp turun setengah sen kepada sembilan sen.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama menambah kepada 585.969 juta saham bernilai RM828.085 juta berbanding 571.172 juta saham bernilai RM853.795 juta sebelum ini.

Jumlah dagangan Pasaran ACE mengukuh kepada 60.852 juta unit bernilai RM15.049 juta daripada 43.231 juta unit bernilai RM12.619 juta Jumaat lepas.

Produk pengguna menguasai 18.015 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk perusahaan 127.141 juta, pembinaan 27.435 juta, urus niaga dan perkhidmatan 222.428 juta, teknologi 45.241 juta, infrastruktur 5.01 juta, kewangan 55.065 juta, perhotelan 6.832 juta, hartanah 57.667 juta, perladangan 20.657 juta, perlombongan 10,000, REIT 434,700 juta dan dana tertutup 34,000.- Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers