DUA bank terkemuka, HSBC Ltd iaitu kumpulan perbankan terbesar di dunia dan DBS Bank Ltd, kumpulan perbankan terbesar Asia Tenggara, mengunjurkan ekonomi Malaysia mampu berkembang lebih daripada lima peratus tahun depan.
Ahli Ekonomi Kanan Asia HSBC, Robert Prior-Wandesforde berkata, pihaknya menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia akan berkembang pada kadar 6.8 peratus tahun depan di sokong peningkatan dalam penggunaan swasta, keyakinan pengguna dan permintaan eksport.
"Malaysia tidak memerlukan pakej rangsang baru untuk mencapai unjuran itu kerana yang sedia ada sudah memadai dan lebih daripada mencukupi.
"Faktor yang akan menyokong pertumbuhan tinggi itu adalah peningkatan dalam penggunaan swasta, keyakinan pengguna dan permintaan eksport," katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas kajian di Persidangan Pasaran Modal Malaysia Ke-14 anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ISIS) di Kuala Lumpur, semalam.
Prior-Wandesforde menjelaskan, peningkatan permintaan domestik di negara serantau dan petunjuk awal pemulihan ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan membantu merangsang eksport Malaysia yang menjadi komponen utama ekonominya.
Impak pelaksanaan langkah yang digariskan di bawah pakej rangsangan yang dilaksanakan kerajaan juga akan mula menunjuk kesan dalam menjana pertumbuhan tahun depan, katanya.
Berkongsi pendapat sama ialah David Carbon, Pengarah Urusan Penyelidikan Ekonomi dan Mata Wang DBS Bank, yang mengunjurkan ekonomi Malaysia akan berkembang pada kadar lebih daripada lima peratus tahun depan.
"Ekonomi Malaysia sudah hampir kembali kepada pertumbuhan normal iaitu pada kadar purata 6.8 peratus dan kami menjangkakan ia mampu berkembang pada kadar lebih lima peratus tahun depan," katanya.
Secara umum, katanya, ekonomi Asia termasuk Malaysia kini sedang mengalami pemulihan berbentuk 'V', yang mana ia adalah di luar jangkaan sebahagian besar ahli ekonomi.
December 4, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com