September 3, 2009

Shell MDS labur RM317.6j

SHELL MDS (Malaysia) Sdn Bhd melabur AS$90 juta (kira-kira RM317.6 juta) untuk membina kemudahan baru pengeluaran bahan penggilap berlilin di kilang gas kepada cecair (GTL) syarikat itu di Bintulu, Sarawak.

Pengarah Urusannya, Dick Benschop, berkata peluasan kemudahan pengeluaran bahan penggilap berlilin itu adalah projek penting untuk Shell MDS kerana ia akan membolehkan syarikat menggandakan keluaran bahan penggilapan semasa.

“Projek peluasan ini membuktikan komitmen berterusan Shell terhadap Shell MDS dan Malaysia," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, majoriti kontrak dan kerja dalam projek itu akan diserahkan kepada syarikat tempatan.

Kira-kira 30 syarikat Malaysia dan 500 rakyat Malaysia bertugas sebagai perunding reka bentuk, vendor, pembekal bahan dan kontrak binaan dalam projek berkenaan.

Projek itu dilancarkan oleh Naib Presiden Eksekutif Shell (Huluan Antarabangsa Asia), Michiel Kool.

Kilang Shell MDS GTL yang mula beroperasi pada 1993, ialah kilang GTL komersial pertama di dunia.

Ia mempunyai kapasiti untuk menukar tiga juta meter padu gas asli kepada 14,700 tong produk GTL sehari.

Pelbagai jenis bahan penggilap berlilin berkualiti tinggi, kimia khusus dan bahan bakar pengangkutan yang dihasilkan kilang berkenaan dipasarkan ke lebih 40 negara.

Menurut kenyataan itu, bahan penggilap berlilin GTL Shell MDS digunakan dalam pelbagai jenis aplikasi industri seperti pelekat cair panas, dakwat pencetakan, papan fiber, pembungkusan, pelincir PVC, pemprosesan plastik, lilin dan penebat.

“Pasaran untuk produk unik juga semakin berkembang. Kami akan mengukuhkan kedudukan kami sebagai pengeluar utama bahan penggilapan berlilin yang berkualiti tinggi,” kata Benschop.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers