HUA Yang Bhd akan membangunkan sebuah bandar bertaraf pertengahan dan mewah dengan nilai pembangunan kasar (GDV) kira-kira RM350 juta yang akan menjadi pelengkap kepada pembangunan Taman Pulai Indah di Johor.
Pembangunan projek hartanah terbaru syarikat itu susulan pembelian tanah hak milik kekal seluas kira-kira 56.3 hektar bernilai RM35.15 juta, baru-baru ini.
Tanah terbabit terletak di lokasi strategik di kedua-dua belah Lebuh Raya Skudai-Pontian dan satu kilometer dari tapak pembangunan campuran, Taman Pulai Indah bernilai RM1.2 bilion yang sedang dimajukan syarikat itu.
Taman Pulai Indah mula dibangunkan sejak 2001 di kawasan seluas 190.8 hektar adalah pembangunan hartanah utama Hua Yang di Johor.
Ketua Pegawai Operasi Hua Yang, Ho Wen Yan, berkata tanah itu berkemungkinan akan dibangunkan sebagai sebuah projek pembangunan campuran.
“Projek itu meliputi pembinaan unit komersial, rumah teres dua tingkat, rumah berkelompok, unit berkembar dan banglo yang akan dijual pada harga bermula daripada RM220,000 ke atas,” katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata, dengan projek Iskandar Malaysia yang sedang dilaksanakan di Johor, jualan yang positif dijangkakan di kawasan sekelilingnya seperti Koridor Skudai-Gelang Patah yang akan menjadi sebuah kawasan yang membangun selepas ini.
“Setelah beroperasi di Johor sejak lapan tahun lalu, kami yakin tanah yang baru dibeli itu berada di lokasi yang baik manakala pembeli pula sudah tersedia.
“Tambahan pula, projek pembangunan yang sedang berjalan pula hanya terletak satu kilometer dari situ,” katanya sambil menambah perolehan terbaru itu adalah urusan jual beli tanah kedua bagi syarikat itu tahun ini selepas ia menjual sebidang tanah di Perak kepada Tesco pada harga RM3.23 juta, awal tahun ini.
Ho menambah, sejajar dengan falsafah syarikat untuk menyediakan rumah pada harga mampu dimiliki tetapi berkualiti, ia akan terus memastikan projek terbaru itu dapat memenuhi kehendak masyarakat.
“Walaupun kami sudah mula memasuki segmen pasaran bagi rumah kos pertengahan dan mewah di Johor, harganya akan kekal 10 peratus hingga 15 peratus lebih rendah daripada yang ditawarkan pemaju lain,” katanya.

September 3, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com