RELIANCE Pacific Bhd, menerusi anak syarikatnya, PYOTravel.com melancarkan versi terbaru perkhidmatan pengembaraan dalam taliannya dengan sasaran meraih pendapatan RM60 juta dalam tahun kewangan berakhir 31 Mac 2010.
Pengurus Besar PYOTra-vel.com, Francis Chin, berkata syarikat itu akan meluaskan tawaran produk khususnya ke destinasi Asia dalam usaha mencapai pertumbuhan 300 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Katanya, PYOTravel.com juga akan melabur kira-kira RM3 juta lagi sehingga 2011 bagi mengukuhkan keupayaan teknologi laman webnya sekali gus menyediakan perkhidmatan lebih baik.
“Kami membangunkan plat-form yang interaktif dan struktur navigasi canggih bagi membolehkan pelanggan menempah pakej penginapan dan percutian serta penerbangan dengan mudah dengan pelaburan RM5 juta sejak lebih dua tahun lalu,” katanya pada sidang media selepas pelancaran versi terbaru PYOTravel.com di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama, Perunding Teknikalnya, Ernst M R Van Oeveren.
PYOTravel.com, agensi pelancongan dalam talian yang ditubuhkan pada 2006 menyediakan pilihan sehingga 10,000 hotel dan 1,000 pakej percutian yang dihubungkan dengan syarikat penerbangan utama bagi memberi kemudahan terbaik kepada pengembara di rantau Asia.
Chin berkata, PYOTravel mempunyai 21 portal setempat yang membolehkan pembelian dibuat dalam mata wang tempatan supaya pelanggan tidak perlu bimbang dengan kadar tukaran yang berubah-ubah.
Katanya, syarikat itu juga mempunyai rangkaian yang luas menerusi 10 pusat panggilan tempatan yang ditubuhkan di 10 bandar raya utama Asia Pasifik termasuk Bangkok, Singapura, Hong Kong, Taipei, Sydney, Tokyo, Shanghai dan Manila.
“Dengan hanya mencari, memilih dan mengesahkan destinasi atau pakej yang dimahukan, PYOTravel.com membawakan kombinasi pakej percutian, penerbangan dan penginapan pada harga terendah ke destinasi Asia mengikut pilihan pelanggan,” katanya.
Dalam pada itu, katanya PYOTravel.com juga melancarkan kempen ‘Mystery Happy Hour Holidays’ setiap hari sepanjang bulan ini dengan memberikan diskaun hebat sehingga 75 peratus bagi penginapan dan pakej pelancongan terpilih.
Menerusi inisiatif itu, katanya syarikat mensasarkan untuk meningkatkan keahlian pelanggannya kepada 100,000 menjelang 2010, daripada 35,000 orang ketika ini.
September 3, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com