September 12, 2009

Bursa ditutup bercampur-campur

KUALA LUMPUR 11 Sept - Harga saham di Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini dengan sentimen pelabur bertambah baik setelah belian kukuh terhadap CIMB Group, British American Tobacco dan Tanjong mengekalkan indeks utama dalam lingkungan positif, kata para peniaga.

Semasa ditutup, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) naik 0.6 peratus atau 7.0 mata kepada 1,208.28. Ia dibuka 1.15 mata lebih tinggi pada 1,202.43, dagangan ke paras tinggi pada 1,210.36 dan rendah pada 1,201.28 hari ini.

FBMEmas menokok 34.70 mata kepada 8,122.77, FBM Top 100 meningkat 40.12 mata kepada 7,914.50 dan FBM70 menambah 17.78 mata kepada 7,982.34 tetapi Indeks FBM Ace susut 39.82 mata kepada 4,079.74.

Indeks Kewangan melonjak 147.67 mata kepada 9,849.89, Indeks Perusahaan menambah 5.29 mata kepada 2,639.67 dan Indeks Perladangan naik 1.86 mata pada 5,954.38.

Saham rugi mengatasi saham untung pada 365 berbanding 283 manakala 255 kaunter tidak berubah dan 350 lagi digantung. Jumlah dagangan lebih rendah pada 516.916 juta saham bernilai RM925.929 juta berbanding dengan pada Khamis pada 649.288 juta saham bernilai RM1.252 bilion.

Mendahului senarai saham aktif ialah KNM Group yang susut setengah sen kepada 72 sen dengan 23.519 juta saham didagangkan.

Bagi saham aktif lain, Talam Corporation turun setengah sen kepada 8.5 sen, Genting Singapore (C) rugi 4.5 sen kepada 32.5 sen, SAAG Consolidated kekal pada 24.5 sen dan CIMB Group menokok 42 sen kepada RM10.94.

Jumlah dagangan di papan utama susut kepada 447.072 juta saham bernilai RM906.902 juta berbanding dengan 544.075 juta saham bernilai RM1.218 bilion pada Khamis.

Bagi pasaran ACE, jumlah dagangan berkurangan pada 37.157 juta saham bernilai RM8.816 juta berbanding 52.614 juta saham bernilai RM14.696 juta yang diniagakan pada Khamis.

Dagangan dalam waran susut kepada 37.157 juta saham bernilai RM8.816 juta daripada 40.970 juta saham bernilai RM13.483 juta sebelumnya.

Barangan pengguna menguasai 38.915 juta saham yang didagangkan di pasaran utama, barangan perusahaan 87.092 juta, pembinaan 27.803 juta, dagangan dan perkhidmtan 145.483 juta, teknologi 14.812 juta, infrastruktur 13.544 juta, kewangan 45.160 juta, hotel 8.832 juta, hartanah 55.195 juta, perladangan 15.834 juta, perlombongan 15,000, REIT 2.291 juta dan dana tertutup 46,200. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers