OSK Research Sdn Bhd menganggap keputusan kewangan korporat tempatan pada suku kedua tahun kewangan ini sebagai baik.
Firma penyelidikan itu dalam laporan ekuiti harian berkata, pendapatan korporat dalam suku berkenaan adalah seimbang dengan kira-kira 38 peratus melaporkan keputusan seperti diunjurkan.
Juga terdapat peratusan yang sama, iaitu sebanyak 31 peratus bagi keputusan yang dilaporkan melangkaui dan di bawah jangkaan, kata firma penyelidikan itu.
“Musim keputusan suku kedua bertambah baik seperti yang dijangka berbanding suku pertama, dengan peningkatan melebihi penurunan untuk pertama kali sejak suku kedua 2007.
“Bank menunjukkan prestasi yang baik. Kami menaikkan tinjauan sektor itu dengan prospek peningkatan pendapatan menuju tahun depan.
“Kami juga menaikkan tinjauan sektor automotif kerana jualan dijangka kembali meningkat," katanya.
Mengikut OSK Research, nisbah peningkatan tinjauan berbanding penurunan naik kepada 1.6, yang terbaik sejak suku keempat 2006 dan pertama kali yang mana peningkatan melebihi penurunan sejak suku kedua 2007.
“Peningkatan ketara dilihat pada kaunter perbankan, automotif, teknologi dan sarung tangan getah memandangkan secara amnya tinjauan masa depan ekonomi bertambah baik," katanya.
Meskipun nisbah peningkatan yang kukuh kepada penurunan, OSK Research percaya pelabur telah mengambil kira mengenai pendapatan dan meninjau untuk pendapatan 2010.
Justeru, walaupun jika angka suku ketiga terbukti kukuh, kesan terhadap pasaran berkemungkinan perlahan, kata firma penyelidikan itu.
September 3, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com