September 5, 2009

Prestasi eksport negara mampu catat pertumbuhan

Oleh Ahmad Farizal Hajat

ahmadfarizal@bharian.com.my
PRESTASI eksport negara pada suku keempat tahun ini diunjur mampu mencatat pertumbuhan positif berbanding suku ketiga, sejajar peningkatan tempahan dalam dua sektor utama iaitu elektrik dan elektronik (E&E) serta barangan berkaitan kimia.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata ada banyak petunjuk positif dalam sektor pembuatan tempatan ketika ini dengan beberapa kilang khususnya di Pulau Pinang dan Johor, banyak menerima pertambahan tempahan dari luar negara.

Bagaimanapun, katanya, petunjuk positif itu (peningkatan dalam tempahan) masih belum lagi boleh dianggap wujudnya tanda pemulihan besar-besaran.

“Namun begitu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menjangkakan dengan adanya pertambahan tempahan, prestasi eksport negara pada suku keempat tahun ini akan lebih baik berbanding suku ketiga, malahan dijangka mencatat pertumbuhan lebih tinggi daripada suku keempat 2008.

“Ini sekali gus mengukuhkan jangkaan ekonomi negara mampu mencatat pertumbuhan positif tahun ini,” katanya pada sidang media selepas melancarkan program ‘1001 Raya Delights’ di Sunway Pyramid di Petaling Jaya, semalam.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Kumpulan Sunway, Datuk Razman M Hashim; Ketua Pegawai Operasi Sunway Pyramid Sdn Bhd, Kevin Tan Gar Peng dan Ketua Pegawai Operasi Bahagian Pelaburan Hartanah, Cheah Wing Choong.

Pada suku pertama tahun ini, sektor perkilangan susut 17.6 peratus susulan penguncupan 23.1 peratus dalam industri berorientasikan eksport khususnya produk E&E manakala pada suku kedua, kemerosotan dalam sektor perkilangan menyederhana pada 14.5 peratus.

Mukhriz menjelaskan, Miti banyak menerima laporan daripada syarikat asing yang beroperasi di Malaysia mengenai peningkatan pengeluaran dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding 2008.

Malaysia mencatatkan lebihan dagangan RM9.12 bilion pada Jun tahun ini, yang menjadikannya bulan ke-140 berturut-turut mencatatkan lebihan perdagangan bulanan sejak 1997.

Eksport negara meningkat 5.1 peratus kepada RM45.01 bilion pada Jun 2009 berbanding Mei yang mencatatkan RM42.92 bilion

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers