September 5, 2009

Harga saham ditutup kukuh

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup lebih kukuh semalam, pulih sedikit daripada jualan besar-besaran sebelumnya, dengan sebahagian besar minat dilihat di kaunter saham berwajaran tinggi serta kaunter yang sering mendapat perhatian dalam media massa.

Genting mencatat keuntungan tertinggi semalam manakala saham mewah lain seperti Genting Malaysia, Sime Darby dan Astro turut menarik minat.

Pada penutup, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia meningkat 5.65 mata kepada 1,173.66, selepas dibuka 0.58 mata lebih tinggi pada 1,168.59.

Indeks Perusahaan menokok 5.31 mata kepada 2,589.43, Indeks Perladangan menambah 2.27 mata kepada 5,762.14, Indeks Kewangan menokok 33.301 mata kepada 9,458.11 manakala FBM Top 100 meningkat 38.92 mata kepada 7,699.17.

FBM70 menambah 46.63 mata kepada 7,810.26 dan Indeks FBM Ace meningkat 36.09 mata kepada 4,101.49.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 454 berbanding 169 manakala 221 kaunter tidak berubah dan 407 yang lain digantung.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers