September 8, 2009

Petunjuk positif rangsang Bursa kukuh

KUALA LUMPUR 7 Sept - Harga saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini dengan indeks utama meningkat 0.99 peratus, apabila para pelabur mengambil petunjuk daripada kenaikan positif dalam bursa serantau dan Wall Street apabila data pekerjaan AS yang lebih baik daripada dijangkakan memberi harapan akan pemulihan ekonomi, kata seorang peniaga.

Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) naik 11.65 mata kepada 1,190.39 selepas diniagakan pada paras terendah hari ini pada 1,178.74. Indeks utama itu dibuka tinggi pada 1.51 mata kepada 1,180.25 pagi ini.

FBMEmas meningkat 78.32 mata kepada 8,026.55, FBM Top 100 menambah 75.40 mata kepada 7,804.76, FBM70 naik 72.45 mata kepada 7,900.93 manakala Indeks FBM Ace melonjak 9.21 mata kepada 4,141.38. Indeks Kewangan meningkat 105.51 mata kepada 9,632.20, Indeks Perusahaan naik 21.23 mata kepada 2,607.54 manakala Indeks Perladangan menokok 44.95 mata kepada 5,832.89.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 467 berbanding 213 manakala 214 kaunter tidak berubah dan 360 yang lain tidak diniagakan.

Jumlah 708.738 juta saham bernilai RM1.073 bilion diniagakan hari ini meningkat daripada 609.163 juta saham bernilai RM1.075 bilion pada Jumaat.

Menerajui kaunter cergas, KNM Group turun setengah sen kepada 73.5 sen manakala Genting Singapore (C) naik 10.5 sen kepada 39 sen, Konsortium Transnasional meningkat setengah sen kepada 26.5 sen, Kurnia Asia menambah tujuh sen kepada 62 sen dan Genting Malaysia menokok tiga sen kepada RM2.89.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 611.084 juta saham bernilai RM1.047 bilion berbanding 541.893 juta saham bernilai RM1.059 bilion pada Jumaat lepas. Jumlah dagangan Pasaran ACE menambah kepada 42.665 juta saham bernilai RM9.681 juta daripada 37.055 juta saham bernilai RM6.239 juta.

Waran naik kepada 52.556 juta saham bernilai RM15.445 juta daripada 27.829 juta saham bernilai RM6.239 juta sebelumnya.

Barangan pengguna menyumbang 81.553 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 153.603 juta, pembinaan 42.859 juta, perdagangan dan perkhidmatan 186.480 juta, teknologi 22.640 juta, prasarana 13.718 juta, kewangan 52.389 juta, hotel 1.157 juta, harta 44.346 juta, perladangan 10.417 juta, perlombongan 23,100, REITs 1.842 juta dan dana tertutup 57,900.

- Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers