September 8, 2009

OSK: Pendapatan bank positif

KUALA LUMPUR 7 Sept. - OSK Research menjangkakan momentum pendapatan positif yang dicatatkan oleh bank-bank di negara ini akan berterusan sehingga separuh kedua 2009 dan 2010, dirangsang oleh pemulihan ekonomi dan kecairan yang banyak dalam sistem perbankan.

Katanya, pertumbuhan pinjaman yang kukuh dan aktiviti penjanaan dana pasaran modal akan menjadi pemacu utama untuk momentum yang menggalakkan itu.

Ini akan membantu pertumbuhan pendapatan bukan faedah bank dengan pelaburan besar francais perbankan seperti Bumiputra-Commerce Holdings Bhd. (BCHB), AMMB Holdings Bhd (AMMB) dan RHB Capital Bhd. (RHBCap) sementara Public Bank pula akan mendapat manfaat daripada pemulihan memberansangkan dalam pertumbuhan pinjaman pengguna, katanya.

Katanya, AMMB, AMMB, EONCap, Hong Leong Bank, Maybank, Public Bank dan RHBCap menyaksikan trend pemulihan pendapatan pada suku kedua 2009, mencatatkan pertumbuhan untung bersih teras suku atas suku dan tahun atas tahun, masing-masing 9.4 peratus dan 4.5 peratus.

Ini ialah selepas aliran menurun pendapatan untuk suku keempat berturut-turut dengan kebanyakan bank melaporkan pendapatan mengatasi jangkaan - 24.2 peratus melebihi konsensus dan 22.6 peratus melepasi anggaran OSK.

Ia adalah hasil keputusan peruntukan kerugian pinjaman yang rendah daripada dijangkakan dan pemulihan suku-atas-suku yang berterusan untuk pendapatan bukan faedah, disokong oleh pendapatan pembrokeran yang kukuh dan perniagaan mata wang untuk BCHB, AMMB dan Maybank.

Bank turut menunjukkan keinginan yang meningkat terhadap risiko dengan petunjuk ekonomi mula menunjukkan tanda-tanda kestabilan, kata OSK.

Kelulusan pinjaman untuk tujuan modal kerja, yang merosot secara purata 35 peratus tahun-atas-tahun mulai Januari hingga April tahun ini semasa kemuncak kelembapan ekonomi, turut menunjukkan tanda positif ke arah pemulihan.

Ia mencatatkan pertumbuhan suku-atas-suku 48.5 peratus dalam suku kedua sementara menguncup dengan jumlah yang amat ketara kecil iaitu 6.0 peratus tahun-atas-tahun. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers