September 8, 2009

Tambahan RM2b untuk WCGS

KUALA LUMPUR 7 Sept. – Kerajaan akan memindahkan RM2 bilion dari Skim Jaminan Kewangan Penstrukturan Semula Industri (IRFGS) kepada Skim Jaminan Modal Kerja (WCGS), kata Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Bhd. (SJPP).

Pada 10 Mac lalu, kerajaan mengadakan skim jaminan IRFGS dan WCGS sebagai sebahagian daripada Pakej Rangsangan Kedua dengan jaminan pembiayaan kewangan sebanyak RM5 bilion untuk setiap skim itu.

Kedua-dua skim itu ditadbir oleh SJPP yang diletakkan di bawah oleh Prokhas Sdn. Bhd.

SJPP dan Prokhas merupakan anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan yang diperbadankan.

Pengarah Urusan Prokhas merangkap Pegawai Prinsipal SJPP, Fazlur Rahman Ebrahim berkata, dengan peruntukan semula itu, jumlah pakej rangsangan kedua kekal sama untuk kedua-dua skim iaitu RM10 bilion tetapi peruntukan untuk WCGS kini sebanyak RM7 bilion dan IRFGS sebanyak RM 3 bilion.

Katanya, ini berbeza daripada peruntukan sebanyak RM5 bilion setiap satu skim seperti yang diumumkan kerajaan terlebih dahulu.

“Sehingga 7 September 2009, SJPP telah meluluskan 3,984 permohonan yang bernilai RM5.37 bilion.

‘’Berdasarkan jumlah yang diluluskan tersebut, peruntukan awal RM5 bilion untuk skim jaminan WCGS telah digunakan sepenuhnya, sementara IRFGS, hanya RM372 juta daripada RM5 bilion itu diguna,’’ katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Sehingga kini, sebanyak RM2.35 bilion daripada 1,853 pemohon telah disalurkan oleh institusi kewangan di bawah kedua-dua skim berkenaan.

Berikutan sambutan yang memberangsangkan untuk skim WCGS berbanding skim IRFGS, kerajaan telah bersetuju untuk memperuntukkan semula RM2 bilion dari IRFGS ke WCGS.

Fazlur Rahman yang tidak menjangka perpindahan dari skim IRFGS kepada WCGS itu berkata, ia merupakan perancangan masa hadapan untuk memberi lebih masa kepada skim IRFGS berkembang.

Segala terma untuk WCHS dan IRFGS kekal tidak berubah.

Dengan peruntukan baru WCGS itu, SJPP akan menerima permohonan baru untuk WCGS serta merta.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers