September 2, 2009

Perdasama anjur seminar industri pertahanan negara

PERSATUAN Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) akan menganjurkan Seminar Industri Sokongan Pertahanan Negara (SISP ’09) pada 19 dan 20 November ini bertujuan mewujudkan jaringan di kalangan ahlinya dan syarikat Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Pertahanan.

Penasihat Projek SISP ’09, Mejar (B) Abd Rahim Saad, berkata seminar itu yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur, kali ketiga pernah diadakan dan mendapat sokongan daripada Kementerian Pertahanan.

Beliau yang juga adalah Yang Dipertua Perdasama Wilayah Persekutuan berkata, SISP ’09 itu bagi menyediakan platform kepada syarikat yang terbabit secara langsung dengan Perdasama atau mereka yang berminat dengan industri pertahanan tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kementerian itu dan meninjau peluang perniagaan.

“Seminar ini juga akan memberi pendedahan kepada usahawan mengenai pembangunan terkini dalam industri pertahanan dan prosedur menjalankan pernia-gaan dengan Kementerian Pertahanan,” katanya pada sidang media di pejabat Perdasama Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, semalam.

Abd Rahim berkata, SISP ’09 terbahagi kepada tiga komponen utama iaitu seminar serta pembentangan kertas kerja, pameran dan jamuan makan tengah hari bersama menteri dan pihak penaja.

“Untuk pameran, kami menyediakan kira-kira 50 gerai yang akan mempamerkan pelbagai jenis produk dan perkhidmatan yang berkaitan dengan industri pertahanan dan keselamatan,” katanya

Sementara itu, Mohd Fauzi berkata, SISP ’09 diperkenalkan bagi membuka peluang kepada peserta memahami produk dan perkhidmatan yang diperlukan dalam industri pertahanan.

Beliau yang juga Naib Yang Dipertua Perdasama Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berkata, SISP ’09 adalah program yang menonjolkan potensi perniagaan yang boleh diterokai dalam bidang pertahanan dan keselamatan meliputi pelbagai aspek seperti pembekalan makanan, barang kegunaan harian anggota tentera, penyelenggaraan bangunan dan aplikasi sistem telekomunikasi.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers