KUALA LUMPUR 1 Sept. - Jenama mewah kini mula mengalihkan tumpuan mereka untuk menarik golongan berpendapatan sederhana sebagai strategi bagi mengukuhkan kedudukan mereka di tengah-tengah krisis ekonomi global sekarang.
Dengan jualan yang merosot apabila pengguna mengambil langkah berjimat cermat, jenama-jenama ini mencari jalan alternatif untuk menjual produk mereka tanpa menjejaskan reputasi jenama mereka.
Value Retail Management, syarikat yang menguruskan perkampungan Chic Outlet Shopping Villages yang menjual jenama bernilai tinggi di sekitar Eropah telah mengguna pakai model perniagaan ini dan nampaknya membuahkan hasil semasa krisis.
Bagaimanapun, Ketua Eksekutifnya, Desiree Bollier berkata, langkah menumpukan sasaran kepada golongan berpendapatan sederhana bukan satu strategi baharu dan banyak jenama sebelum ini telah pun mengguna pakai strategi seumpama itu.
"Apa yang anda mungkin lihat ialah fenomena itu berlaku dengan pantas, atau pereka fesyen menjalin lebih banyak kerjasama dengan jenama sederhana atau popular seperti Gap dengan Phoebe Philo, Top Shop dengan Kate Moss, atau H & M dengan Matthew Williamson," katanya dalam temu bual menerusi e-mel.
Bollier berkata, jenama mewah sentiasa menghabiskan stok mereka sama ada menerusi jualan sampel, jualan gudang, dan lain-lain lagi.
Value Retail Management mengusahakan sembilan Chic Outlet Villages di Eropah dengan lebih 440 jenama terkemuka dunia termasuk pereka kasut Malaysia yang diiktiraf antarabangsa, Jimmy Choo.
Meskipun iklim ekonomi yang sukar, dengan koleksi Chic Outlet Shopping® Villages di seluruh Eropah, syarikat itu mencatatkan pertumbuhan dua angka sebelum ini dan meneruskan aliran meningkat jualan ketika ini.
Bollier berkata, pelanggan hari ini lebih berpengetahuan tentang urusan dan tempat membeli belah.
Apa yang lebih menarik, katanya, orang Asia nampaknya merupakan antara pelanggan yang berbelanja besar di perkampungan membeli belah tersebut.
Pada suku pertama tahun ini, jumlah jualan bayaran balik cukai yang diterima oleh pengunjung Asia adalah seperti berikut; China meningkat (95 peratus) Asia Tenggara (88 peratus), Jepun (82 peratus), Hong Kong (58 peratus) dan Taiwan (sembilan peratus).
Bollier berkata, purata perbelanjaan (bagi setiap urus niaga bayar balik cukai) ialah Euro 281, yang mana naik empat peratus berbanding suku sebelumnya.
Beliau berkata, jumlah jualan bayaran balik cukai yang direkodkan oleh bayar balik global dalam suku pertama tahun ini meningkat 55 peratus berbanding suku pertama 2008.
Pada masa depan, beliau berkata, industri runcit tidak dijangka bertambah baik sebelum 2010.
"Bagaimanapun, kerana kita baru sahaja menghadapi tahun yang getir di mana keseluruhan pasaran kewangan tumbang dan parameter serta model perniagaan agak terjejas teruk, 2010 dijangka akan menjadi tahun yang baik.
"Kita semua terpaksa belajar menyesuaikan diri dengan krisis ini. Bagaimanapun saya tidak rasa kita akan kembali semula kepada pasaran yang rancak seperti sebelum ini," katanya. - Bernama
September 2, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com