September 2, 2009

Kekurangan minat Bursa ditutup lemah

KUALA LUMPUR 1 Sept - Harga saham di Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pada paras lebih rendah hari ini kerana kekurangan minat dan sikap berhati-hati pelabur berikutan penjualan besar-besaran dalam pasaran serantau semalam meskipun rantau ini menyaksikan pemulihan hari ini, kata seorang peniaga.

Pada penutupan, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia turun 2.99 mata kepada 1,171.28 setelah dibuka 6.8 mata lebih rendah pada 1,167.47. Ia berupaya menebus sebahagian daripada kejatuhannya terdahulu apabila ia mencecah tahap terendah dalam hari ini pada 1,163.78.

Ketua penyelidikan Kenanga, Yeonzon Yeow, berkata permulaan yang berhati-hati dalam bursa tempatan, yang ditutup semalam sempena perayaan merdeka, sememangnya dijangkakan ekoran penjualan besar-besaran dalam bursa serantau dan pasaran global semalam.

Indeks Perusahaan turun 7.36 mata kepada 2,586.63, Indeks Perladangan susut 62.18 mata kepada 5,775.24, Indeks Kewangan berkurangan 0.65 mata kepada 9,433.27 dan FBM Top 100 jatuh 28.55 mata kepada 7,678.97. FBM70 menguncup 64.02 mata kepada 7,771.85 dan Indeks FBM Ace turun 56.24 mata kepada 4,098.29.

Saham rugi mengatasi saham untung dengan jumlah 446 berbanding 171 manakala 211 kaunter tidak berubah, 446 tidak diniagakan dan tiga yang lain digantung urus niaga.

Jumlah dagangan mengecil kepada 498.191 juta saham bernilai RM967.557 juta daripada 632.06 juta saham bernilai RM1.308 bilion Jumaat lepas.

Kaunter-kaunter yang mencatatkan kenaikan paling besar ialah Riverview yang naik 29 sen kepada RM2.45, Bumiputra-Commerce yang mengukuh 27 sen kepada RM10.22 dan Kumpulan Power yang menokok 13.5 sen kepada 57.5 sen.

Jumlah dagangan dalam Pasaran Utama berkurangan kepada 458.352 juta saham bernilai RM958.156 juta daripada 571.739 juta saham bernilai RM1.293 bilion Jumaat lepas. Pasaran ACE mencatatkan penyusutan jumlah dagangan kepada 25.213 juta saham bernilai RM6.062 juta daripada 38.556 juta saham bernilai RM9.434 juta.

Waran juga berkurangan kepada 12.937 juta unit bernilai RM2.841 juta daripada 16.338 juta unit bernilai RM3.202 juta sebelumnya.

Barangan pengguna menguasai 41.52 juta saham yang diniagakan dalam Pasaran Utama, barangan perusahaan 120.490 juta, pembinaan 33.963 juta, perdagangan/perkhidmatan 134.517 juta, teknologi 8.324 juta, prasarana 12.643 juta, kewangan 43.985 juta, hotel 619,200, harta 41.423 juta, perladangan 19.153 juta, perlombongan 28,000, REIT 1.677 juta, dan dana tertutup 6,000. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers