September 10, 2009

Pengambilan untung Bursa ditutup rendah

KUALA LUMPUR 9 Sept - Harga saham di Bursa Malaysia ditutup rendah apabila kebanyakan pelabur menjual keuntungan mereka selepas petunjuk pasaran mencecah paras tertinggi dalam tempoh 14 bulan semalam, kata para peniaga.

Aliran menurun itu sejajar dengan penurunan sederhana di beberapa bursa utama serantau meskipun kenaikan semalaman di Wall Street.

Pada 5 petang, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) ditutup 0.5 peratus atau 5.61 mata lebih rendah kepada 1,196.46, selepas mencecah paras dagangan tertinggi harian pada 1,204.83. Indeks Utama itu dibuka 1.59 mata lebih tinggi pada 1,203.66.

Indeks FBMEmas turun 40.12 mata kepada 8,053.70, FBM Top 100 susut 35.54 mata kepada 7,839.29, FBM70 berkurangan 30.94 mata kepada 7,915.22 dan Indeks FBM Ace jatuh 24.18 mata kepada 4,098.37.

Indeks Kewangan berkurangan 26.13 mata kepada 9,666.23 manakala Indeks Perusahaan turun 18.08 mata kepada 2,632.66.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 441 berbanding 231 manakala 212 kaunter tidak berubah dan 371 yang lain tidak diniagakan. Keseluruhan dagangan agak kecil dengan 647.634 juta saham bernilai RM1.069 bilion bertukar tangan, turun daripada 790.899 juta saham bernilai RM1.398 bilion pada Selasa.

Menerajui saham cergas, KNM Group turun 1.5 sen kepada 72.5 sen, MLABS Systems susut dua sen kepada 17.5 sen manakala N2N Connect jatuh satu sen kepada 27 sen. Genting Bhd berkurangan 30 sen kepada RM6.87 manakala Green Packet naik satu sen kepada 25.5 sen.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama turun kepada 525.081 juta saham bernilai RM1.037 juta berbanding 687.505 juta saham bernilai RM1.370 bilion sebelumnya.

Bagaimanapun, jumlah dagangan pasaran ACE meningkat kepada 98.199 juta saham bernilai RM24.229 juta berbanding 36.731 juta saham bernilai RM7.037 juta semalam.

Waran turun kepada 19.270 juta saham bernilai RM5.218 juta daripada 63.271 juta saham bernilai RM19.272 juta sebelumnya.

Barangan pengguna menyumbang 40.411 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 143.921 juta, pembinaan 35.533 juta, perdagangan dan perkhidmatan 172.671 juta, teknologi 26.399 juta, prasarana 11.259 juta, kewangan 36.648 juta, hotel 3.8 juta, harta 38.626 juta, perladangan 14.1 juta, perlombongan sifar, REITs 1.676 juta dan dana tertutup 37,900 saham.

- Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers