September 11, 2009

Krisis: 196 hampir muflis

KUALA LUMPUR 10 Sept. – Perbadanan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) berjaya menyelamatkan 196 syarikat pembuat alat ganti dan komponen automotif daripada mengalami gulung tikar akibat krisis ekonomi global.

Krisis berkenaan mengakibatkan permintaan kenderaan di Malaysia susut sebanyak lapan peratus kepada 228,200 buah pada separuh pertama 2009 berbanding 250,000 tahun sebelumnya.

Malah, eksport bagi produk berkenaan merosot kepada RM1.24 bilion berbanding RM1.6 bilion pada tempoh yang sama.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Matrade, Dr. Wong Lai Sum berkata, peserta industri itu ‘setengah mati’ sekiranya mereka dibiarkan begitu, sekali gus akan meningkatkan jumlah pengangguran.

Berikutan itu, katanya, Matrade telah menggunakan peruntukan RM3.8 juta daripada RM8 juta di bawah Pelan Rangsangan Ekonomi Kedua untuk mengadakan pelbagai program promosi khusus bagi membantu peserta industri berkenaan terus kekal berdaya saing.

Sebanyak 33 program telah dirangka dan menjalankan 23 daripada jumlah program tersebut.

Beliau berkata, oleh kerana semua negara mengalami masalah yang sama – penurunan permintaan kenderaan baru, maka Matrade menumpukan kepada promosi alat-alat ganti.

‘‘Hasilnya, Matrade berjaya membantu 196 daripada 580 peserta industri berkenaan memasarkan produk mereka dan mencatatkan jualan sebanyak RM33.25 juta dalam tempoh Mei sehingga 8 September lalu.

‘‘Kita menyasarkan untuk memperoleh jualan sebanyak RM70 juta pada November ini,’’ katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Lai Sum berkata, untuk memastikan promosi berjaya, Matrade tidak menumpukan kepada pasaran membangunkan sebaliknya ke negara-negara baru membangun.

Antaranya, Pakistan, Bangladesh, Mexico, Afrika Selatan, Thailand, China dan Vietnam dan bakal menembusi pasaran Jerman, France serta mengintai peluang di Rusia.

Tambahnya, kebanyakan peserta industri alat ganti dan komponen itu turut berjaya bekerjasama dengan jenama-jenama gergasi dalam industri automotif dunia.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers