September 10, 2009

CIMB labur RM480j bina menara

KUALA LUMPUR 9 Sept. - Kumpulan CIMB melabur RM480 juta untuk membangunkan Menara Bumiputra-Commerce yang terletak di Jalan Raja Laut dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Peruntukan itu membabitkan kos pembinaan sebanyak RM400 juta dan RM80 juta lagi bagi hiasan dalaman.

Menara itu kemudian dijual dan dipajak semula daripada Pelaburan Hartanah Bhd.

Menara Bumiputra-Commerce yang terletak antara Jalan Raja Laut dan Jalan Tuanku Abdul Rahman itu dibina di atas kawasan seluas satu hektar, menempatkan sayap perbankan komersialnya iaitu CIMB Bank dan CIMB Islamic dengan 4,000 kakitangannya.

Hari ini, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin telah berkenan untuk merasmikan bangunan tersebut dengan diiringi Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.

Ketua Eksekutif CIMB, Datuk Seri Nazir Razak berkata, hari ini merupakan hari bersejarah kepada kumpulan perbankan komersial yang kedua selepas Malayan Banking Bhd. kerana menjadikan Menara Bumiputra-Commerce sebagai salah satu bangunan yang menjadi mercu tanda Kuala Lumpur.

Menurut beliau, meskipun CIMB telah selesai melakukan penjenamaan ke atas Kumpulan CIMB, tetapi nama asal itu akan terus dipahat menerusi nama-nama bangunan miliknya.

Selain Menara Bumiputra-Commerce, Kumpulan itu turut memiliki Menara SBB di Damansara dan Menara Ban Hin Lee di Pulau Pinang.

Menara CIMB yang bakal dibangunkan di KL Sentral pula akan menempatkan operasi perbankan pelaburan dan pasaran modal pada 2012.

Hari ini juga amat bermakna kerana selain perasmian menara ini, 9 September juga merupakan hari pertama penjenamaan penyenaraian syarikat kepada CIMB Group Holdings Bhd. di Bursa Malaysia.

Beliau berkata, malah hari ini juga menandakan penyelesaian proses penjenamaan rangkaiannya sebanyak 1,500 cawangan di Asia Tenggara termasuk Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand.

''Perubahan nama ini menyelesaikan penjenamaan entiti Kumpulan ini yang merentasi Asia Tenggara,'' katanya di sini.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers