September 9, 2009

OldTown International pemenang utama Golden Bull Award 2009

OLDTOWN International Sdn Bhd, pengendali rangkaian kedai kopi OldTown White Coffee muncul pemenang utama Golden Bull Award 2009, anugerah tahunan yang mengik-

tiraf 100 pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) paling berjaya di negara ini.

Ketua Hakim Jawatankuasa Golden Bull Award 2009, Datuk David Chua, berkata OldTown International menewaskan lebih 200 PKS lain apabila panel hakim berpuas hati syarikat terbabit mengungguli semua tujuh kriteria yang dijadikan sandaran penilaian.

“Dalam menilai penyertaan Golden Bull Award, perkara saya perhatikan ialah prestasi PKS bertambah baik tahun ini, sungguhpun pengusaha menerima impak daripada krisis kewangan dan ekonomi global.

“Secara tidak langsung, standard penyertaan tahun ini diletakkan ke tahap lebih tinggi,” katanya pada majlis mengumumkan senarai 100 PKS terbaik negara yang melayakkan mereka menerima anugerah Golden Bull Award 2009.

Chua berkata, OldTown International telah meletakkan standard baru kepada pengusaha ‘kopitiam’ tradisional.

Daripada terbabit dalam perniagaan runcit serbuk kopi, OldTown White Coffee, katanya, mula bercambah sejak empat tahun lalu dan ia kini mempunyai 131 cawangan di Malaysia dan Singapura, selain bercadang membuka cawangan di Jakarta dan Hong Kong dalam tempoh terdekat.

Menyentuh penyertaan Golden Bull Award 2009, beliau berkata bagi kategori utama, daripada lebih 200 PKS yang mengambil bahagian, 43 peratus terbabit dalam sektor pekilangan, manakala pemborongan dan pengedaran sebanyak 38 peratus.

Daripada aspek geografi, 42 peratus calon adalah dari Selangor; Kuala Lumpur (15 peratus); Johor (13 peratus); manakala Perak dan Pulau Pinang masing-masing 10 peratus dan tujuh peratus, katanya.

Chua berkata, untuk layak menerima anugerah Golden Bull, PKS itu perlu mengekalkan jualan tahunan tidak kurang RM5 juta dan tidak melebihi RM75 juta untuk tiga tahun berturut-turut.

Bagi kategori PKS baru muncul, katanya, syarikat dengan pendapatan tahunan kurang RM5 juta bagi tiga tahun berturut-turut layak bertanding.

Menyedari kurangnya pembabitan PKS Bumiputera dalam Golden Bull Award, katanya, lebih banyak inisiatif akan diambil bagi menggalakkan mereka mengambil bahagian.

“Bukan tidak ada, tetapi mereka (PKS Bumiputera) kurang ditonjolkan dan kita perlu berbuat sesuatu untuk menggalakkan mereka mengambil bahagian,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berharap Bajet 2010 akan lebih banyak menawarkan insentif menarik bagi menaik taraf PKS tempatan.

Dengan cara ini, lebih banyak produk tempatan akan dapat dipasarkan di luar sempadan negara dengan lebih berkesan, katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers