September 9, 2009

Insentif istimewa caj lapangan terbang sebelum akhir tahun

MALAYSIA Airports Holdings Bhd (MAHB) akan mengumumkan insentif istimewa caj lapangan terbang sebelum akhir tahun, kata Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutifnya, Tan Sri Bashir Ahmad.

“Insentif itu akan menjadikan lapangan terbang kita lebih kompetitif, selain bertujuan menarik lebih banyak syarikat penerbangan beroperasi di negara ini,” katanya dalam taklimat media pada Seminar Pelancongan Kebangsaan 2009, di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, caj lapangan terbang MAHB adalah paling rendah di rantau ini.
Pada 3 Julai lalu, Pengerusi MAHB, Tan Sri Dr Aris Othman, dipetik sebagai berkata MAHB, dalam cadangan yang dikemukakan kepada kerajaan awal tahun ini, sedang mengenal pasti rebat dan manfaat untuk syarikat penerbangan berdasarkan pertumbuhan penumpang.

Pada masa ini syarikat penerbangan asing tidak dikenakan caj pendaratan dan menempatkan pesawat selama tiga tahun sejak 2002.

Sejak April lalu, MAHB memberi diskaun 50 peratus bagi caj pendaratan sehingga tahun 2011 untuk semua syarikat penerbangan.

Dalam perkembangan lain, Bashir berkata, MAHB masih berunding dengan pengurusan dua syarikat penerbangan antarabangsa.

MAHB yang mengurus tiga lapangan terbang di luar negara, sedang dalam perbincangan serius untuk mengurus lapangan terbang di Asia Barat dan Afrika.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers