September 9, 2009

30 usahawan francais PNS mungkin muflis

SERAMAI 30 usahawan Bumiputera menyertai sistem francais Perbadanan Nasional Berhad (PNS) kemungkinan diisytihar muflis berikutan terpaksa menanggung hutang akibat gagal melunaskan pinjaman.

Mereka mendakwa perniagaan francais yang diceburi terpaksa dihentikan disebabkan berlaku kepincangan, penindasan dan sikap lepas tangan pihak berkaitan termasuk PNS, Persatuan Francais Malaysia dan syarikat francaisor.

Seorang bekas usahawan menjual air bertapis, Zulkarnain Toha, berkata francaisor tidak memberi sokongan untuk memajukan perniagaan francaisi malah bertindak sewenang-wenang menukar terma perjanjian yang ditandatangani bagi kepentingan mereka.

Beliau yang kini terpaksa bekerja makan gaji dengan pendapatan RM3,500 sebulan kini terpaksa membayar hutang PNS sebanyak RM3,200.

“Francaisor hanya menggalakkan Bumiputera menjadi francaisi bagi membolehkan mereka mendapat modal yang bakal disuntik oleh PNS kepada francaisi,” katanya pada sidang media anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Kerja PPIM, Datuk Nadzim Johan.
Seorang bekas usahawan francais yang menjual makanan segera jenama tempatan, Muhamad Hizal Mustafa, 33, berkata beliau hairan mengapa PNS masih mengeluarkan pinjaman kepada usahawan yang hendak menceburi perniagaan sama walaupun mengetahui banyak francaisi terpaksa menutup perniagaan kerana menanggung rugi.

“Hampir semua usahawan menutup perniagaan selepas satu atau dua tahun beroperasi. Puncanya, sistem francais lebih banyak menguntungkan francaisor, bukan francaisi,” katanya yang menanggung hutang RM420,000 dari PNS.

Malah katanya, ada usahawan yang hanya mencatat keuntungan RM1 seminggu tetapi menanggung hutang sehingga RM45,000.

Seorang wanita yang menjadi usahawan francais menjual kasut dan hanya mahu dikenali sebagai Habsah berkata, beliau terpaksa menghentikan perniagaan kerana menanggung hutang RM200,000 walaupun baru setahun menyertai bidang perniagaan itu.

Katanya, beliau terpaksa menutup operasi disebabkan sikap francaisor terus menerus melambakkan produk kasut apabila mendapati perniagaannya mencatatkan keuntungan.

Sementara itu, Nadzim berkata, PPIM menggesa PNS dan kementerian yang terbabit dalam perniagaan francais merangka pelan untuk menyelamatkan usahawan francais yang terpaksa gulung tikar.

“PNS dan kementerian perlu mencari mekanisme bagaimana hendak membantu usahawan supaya mereka tidak muflis dan dapat meneruskan perniagaan tanpa menanggung kerugian,” katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers