September 2, 2009

OCBC Bank tumpu pinjaman syarikat besar, perumahan

OCBC Bank (Malaysia) Bhd kini mula menumpu kepada pengeluaran pinjaman untuk syarikat besar dan perumahan sejajar dengan pemulihan ekonomi negara ini.

Pengarah dan Ketua Eksekutifnya, Jeffrey Chew Sun Teong, berkata kedua-dua segmen pinjaman itu akan terus diberikan perhatian khusus sekurang-kurangnya untuk sepanjang tahun ini sebelum bank itu menumpukan kepada segmen pinjaman pengguna khususnya dalam pasaran kad kredit.

“Buat masa ini, kami akan terus menumpukan kepada pinjaman untuk korporat besar dan perumahan sebelum meneroka pasaran kad kredit.

“Pinjaman kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) hanya akan diberikan tumpuan mulai tahun depan,” katanya di Kuala Lumpur, semalam.

Chew berkata, pinjaman kepada sektor PKS dijangka kembali rancak pada 2010 apabila sektor berkenaan memerlukan modal untuk melaksanakan pelbagai kontrak yang bakal diperoleh daripada syarikat besar.

“Pada masa ini pasaran PKS tidak begitu cergas memandangkan sektor PKS bergantung kepada syarikat besar dalam mendapatkan kontrak,” katanya.

Bagi pembiayaan perdagangan untuk tujuan eksport, Chew berkata, pembiayaan dikeluarkan dijangka meningkat sedikit menjelang akhir tahun ini selepas merosot 20 peratus dalam separuh pertama.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers