September 2, 2009

Mustapa Sertai WTO

KUALA LUMPUR 1 Sept. - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Mustapa Mohamed akan mewakili Malaysia pada mesyuarat tidak rasmi peringkat Menteri Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) di New Delhi selama dua hari mulai 3 September ini.

MITI dalam kenyataannya berkata, mesyuarat yang dianjurkan oleh India bertujuan meningkatkan Rundingan Doha serta memberi momentum ke arah penyelesaian Rundingan Pusingan Doha menjelang 2010.

Menteri perdagangan daripada 35 buah negara termasuk Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, Brazil, China dan Jepun turut dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut.

Pengerusi WTO serta Pengerusi bagi kumpulan rundingan barangan pertanian, perindustrian dan perkhidmatan akan turut menghadiri mesyuarat ini bagi memberi penerangan kepada menteri tentang perkembangan WTO di samping berkongsi idea untuk memajukan Rundingan Pusingan Doha.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers