September 2, 2009

Bagi pembiayaan perdagangan untuk tujuan eksport, Chew berkata, pembiayaan dikeluarkan dijangka meningkat sedikit menjelang akhir tahun ini selepas me

KUALA LUMPUR 1 Sept. - KPMG Malaysia melaporkan sebanyak 22 kes kehilangan maklumat peribadi dan data perniagaan berjumlah RM815,000 dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.

Penasihat Perkhidmatan Teknologi Maklumat (IT) KPMG, Paul Bahnisch berkata, kes-kes tersebut hanya melibatkan kehilangan data yang dilaporkan sahaja dan lebih banyak kes dipercayai tidak dilaporkan kerana syarikat terbabit ingin menjaga imej mereka.

''Setakat ini, kebanyakan kes yang dilaporkan adalah kecurian data peribadi yang boleh menguntungkan penggodam atau pengguna dalaman yang membocorkan maklumat untuk keuntungan mereka.

''Syarikat-syarikat yang paling mudah terdedah dengan masalah ini adalah industri kewangan yang memegang maklumat kad kredit, nombor akaun dan sebagainya dalam pangkalan data mereka,'' katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.

Tambah Bahnisch, selain itu, syarikat-syarikat yang terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembuatan dan reka bentuk.

''Maklumat yang sering di curi adalah formula tertentu, rangka kerja atau reka bentuk produk yang akan menentukan nilai pasaran mereka.

''Sebelum ini, masalah utama yang dihadapi adalah penggodam menghantar virus ke rangkaian komputer syarikat terbabit, tetapi kini mereka lebih gemar mencuri maklumat yang dapat memberikan pulangan tinggi,'' katanya.

Sehubungan dengan itu, Trend Micro (M) Sdn. Bhd. (Trend Micro), peneraju penyedia penyelesaian sekuriti telah menganjurkan program kesedaran kehilangan perlindungan data (DLP) dengan KPMG.

Pengarah Jualan Rantau Trend Micro, Wong Joon Hoong berkata, kehilangan maklumat hanya akan memberikan kelebihan kepada penjenayah.

''Usaha kami adalah membantu syarikat-syarikat mengenal pasti maklumat sulit, berapa banyak kerugian terpaksa ditanggung ekoran kehilangan data serta meningkatkan kesedaran syarikat untuk melindungan maklumat penting mereka,'' katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers