September 11, 2009

MK Land lancar fasa 1 projek di India Mac

MK Land Holdings Bhd akan melancarkan fasa pertama projek pembinaan 16,000 unit kediaman mampu milik bernilai RM3 bilion di India pada Mac tahun depan.

Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar, berkata projek itu akan dimajukan MK Land menerusi syarikat usaha sama dengan Embassy Group of India, iaitu Milan Gateway Sdn Bhd.

“MK Land kini di peringkat akhir penyerahan semua dokumen yang diperlukan bagi mendapatkan kelulusan pihak berkuasa tempatan yang terbabit.

“Kami menjangka mendapat kelulusan dalam tempoh beberapa bulan lagi dan berharap fasa pertama projek itu dilancarkan Mac tahun depan bagi memenuhi peningkatan permintaan bagi jenis hartanah berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan majlis permulaan kerja pembinaan terminal bas yang dikenali sebagai Wan’s Central di Damansara Damai, di Peta-ling Jaya semalam.

Mustapha berkata, projek di Bangalore itu bakal diadaptasikan daripada model kediaman mampu milik yang dibangunkan anak syarikat kumpulan itu, Medan Prestasi Sdn Bhd di Damansara Damai.

Katanya, selain unit kediaman, projek yang akan dibangunkan di kawasan seluas 120 hektar itu akan turut mengandungi kemudahan awam seperti rumah kelab, stadium kriket, sekolah, klinik, terminal bas, stesen minyak dan kawasan rekreasi.

“Projek berkenaan yang turut memiliki unit perniagaan komersial dijangka mengambil masa kira-kira lima tahun untuk disiapkan,” katanya.

Mengenai terminal bas Wan’s Central, Mustapha berkata, kumpulan itu membelanjakan kira-kira RM1.9 juta bagi membina terminal berkenaan untuk kemudahan dan kegunaan penduduk sekitar Damansara Damai yang kini mencecah lebih 90,000 orang.

Katanya, pembinaan terminal bas itu yang dijangka siap sepenuhnya pada November ini, turut merangkumi pembangunan 32 unit kedai mampu milik yang dibina khas untuk penjual dan peniaga tempatan sebagai satu langkah sistematik dalam mengawal peniaga berniaga di bahu jalan raya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music

MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers