September 11, 2009

Tiada aduan francaisi mungkin muflis: MFA

PERSATUAN Francais Malaysia (MFA) tidak menerima sebarang aduan yang dilaporkan berhubung maklum balas 30 usahawan francais yang mungkin muflis yang disiarkan media, baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan semalam, Pengerusi MFA, Datuk Mohd Nadzmi Mohd Salleh, berkata persatuan amat prihatin terhadap kebajikan anggotanya dan peserta francais.

“Namun, pihak kami ingin menegaskan MFA tidak menerima aduan daripada mana-mana francaisi yang tampil pada sidang media anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) baru-baru ini,” katanya.

Kelmarin, PPIM menyifatkan sidang media itu adalah antara jalan terakhir menarik perhatian pihak berkaitan untuk melihat permasalahan lebih 30 bekas francaisi terbabit.

Bekas usahawan yang terbabit dikatakan mengajukan permasalahan mereka kepada pembiaya mereka, Perbadanan Nasional Bhd (PNS), MFA, malah kementerian terbabit, tetapi tiada tindakan diambil.

Menurut salah seorang bekas francaisi itu, MFA hanya akan membantu mereka sekiranya mereka menjadi anggota persatuan itu terlebih dahulu.

Mohd Nadzmi berkata, MFA mengamal dasar pintu terbuka untuk menerima cadangan aduan dan masalah yang dihadapi penggiat francais yang terdiri daripada francaisor dan francaisi, perunding francais, pengamal undang-undang francais serta bakal pengusaha francais.

Selain itu, katanya, MFA melalui jawatankuasa runding cara dan kebajikan yang dianggotai oleh pengamal undang-undang francais yang berkelayakan, bertanggungjawab dalam menangani hal ehwal kebajikan anggota.

Jawatankuasa itu bertindak sebagai pengantara antara francaisor dan francaisi untuk membantu menghadapi masalah dihadapi.

Sehingga kini MFA mempunyai seramai 528 anggota yang terdiri daripada francaisor dan francaisi, perunding francais, pengamal undang-undang francais, bakal pengusaha francais dan organisasi berkaitan.

Mohd Nadzmi berkata, demi memelihara kepentingan industri secara keseluruhannya, MFA amat mengalu-alukan penyertaan penggiat francais untuk menjadi ahli seterusnya bergiat lebih aktif membangunkan industri francais negara.

Mengenai saranan PNS memberhentikan pinjaman kepada sistem francais yang terbabit, katanya, persatuan berpendapat ia terlalu awal untuk membuat keputusan.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers