September 11, 2009

Keputusan kajian semula NAP diumum Oktober

Oleh Zainab Mohd Yatim
zmy@bharian.com.my

KEMENTERIAN Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) akan mengumumkan Dasar Automotif Nasional (NAP) yang dikaji semula bulan depan.

Menterinya, Datuk Mustapa Mohamed, berkata Miti tidak terburu-buru untuk mengumumkannya kerana kajiannya membabitkan pelbagai perkara rumit.

“Miti akan mengumumkan NAP lewat sedikit daripada tempoh yang dijadualkan sebelum ini, iaitu pada akhir bulan ini.

“Banyak perkembangan yang perlu diambil kira dan perlu diperhalusi. Setakat ini sudah ada kemajuan, tapi kami tidak mahu terburu-buru mengenainya,” katanya kepada media selepas majlis Khatam al-Quran dan penyampaian sumbangan kepada kakitangan kumpulan sokongan Miti.

Mustapa berkata, kajian semula NAP itu membabitkan banyak pihak termasuk pelabur tempatan dan asing.

Mengenai sama ada wujud keperluan bagi kerajaan membuat peruntukan baru untuk merangsang ekonomi negara, beliau berkata, setakat ini kerajaan tidak melihat ia perlu berbuat demikian.

Katanya, kesan daripada dua pakej rangsangan yang diumumkan oleh kerajaan sebelum ini akan dilihat lebih ketara dalam suku ketiga dan keempat tahun ini.

Ketika ini, katanya sektor pembuatan berkaitan elektrik dan elektronik (E&E) yang menyumbang 40 peratus kepada eksport negara sudah menunjukkan pemulihan dari segi tempahan.



“Menerusi interaksi saya dengan peserta industri terbabit, mereka memberi maklum balas positif, iaitu dari segi tempahan yang sudah ada peningkatan, justeru, keperluan untuk mengadakan pakej rangsangan baru tidak mendesak,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mei lalu menyatakan industri automotif negara perlu dicergaskan dan dihi-dupkan semula bagi merancakkan pelaburan.

Ketika NAP dibentuk pada 2006, kerajaan mengurangkan cukai import ke atas kebanyakan kenderaan diimport dan menurunkan harga kereta untuk menjadikan Malaysia hab automotif serantau, tetapi pengkritik berkata masih ada halangan untuk melindungi pembuat kereta negara, Proton dan Perodua.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers