September 2, 2009

Malaysia sertai mesyuarat tidak rasmi WTO

MALAYSIA akan menyertai Mesyuarat Tidak Rasmi Peringkat Menteri Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) selama dua hari di New Delhi, India bermula esok untuk mempertingkatkan Rundingan Pusingan Doha.

Mesyuarat anjuran India itu juga bertujuan meningkatkan momentum ke arah penyelesaian Rundingan Pusingan Doha menjelang tahun depan.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dalam kenyataannya semalam berkata, delegasi Malaysia ke mesyuarat itu akan diketuai Menterinya, Datuk Mustapa Mohamed.

Katanya, menteri perdagangan dari 35 buah negara termasuk Amerika Syarikat, negara anggota Kesatuan Eropah, Brazil, China dan Jepun turut dijemput untuk menghadiri mesyuarat itu.

Pengerusi WTO, Pascal Lamy dan Pengerusi bagi Kumpulan Rundingan Barangan Pertanian, Perindustrian dan Perkhidmatan akan turut menghadiri mesyuarat itu bagi memberi penerangan kepada menteri berkenaan tentang perkembangan WTO di samping berkongsi idea untuk memajukan Rundingan Pusingan Doha.

Kenyataan Miti itu berkata, Malaysia telah terbabit secara aktif dalam semua rundingan WTO bagi memastikan kepentingan Malaysia terpelihara di samping memastikan persekitaran perdagangan global terus terbuka, telus dan meyakinkan.

Mesyuarat Tidak Rasmi Peringkat Menteri di New Delhi itu adalah mesyuarat peringkat Menteri ketiga bagi 2009 selepas Mesyuarat Kumpulan Cairns di Bali pada Jun dan Mesyuarat Menteri-Menteri APEC pada Julai.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers