September 2, 2009

Effendi terajui Encorp Bhd

DATUK Seri Mohd Effendi Norwawi kembali ke dunia korporat apabila dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Encorp Bhd, selepas meninggalkan bidang itu sejak 13 tahun lalu untuk bergiat sepenuh masa dalam bidang politik.

Pelantikan bekas Menteri Pertanian dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu bagi menerajui syarikat hartanah dan pembinaan berkenaan berkuat kuasa semalam.

Encorp dalam kenyataannya semalam berkata, pengalaman Mohd Effendi, 61, yang berkelulusan Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Pentadbiran Pembangunan, Universiti Tasmania, Australia dalam bidang korporat bermula pada Januari 1977 selepas dilantik Timbalan Pengerusi, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sarawak dan Pengerusi Eksekutif daripada September 1981 hingga Mei 1995.

Dalam tempoh itu, beliau juga adalah Pengerusi Bank Utama (Malaysia) Bhd dan menjadi penggerak utama pemulihan bank itu sehingga ia muncul antara kumpulan perbankan utama di Malaysia sebelum digabungkan ke dalam Kumpulan RHB.

Mohd Effendi yang pernah berkhidmat di sektor awam dengan menjawat jawatan Penolong Setiausaha, Unit Penyelarasan, Pelaksanaan dan Kemajuan Pentadbiran, Jabatan Perdana Menteri sebelum menyertai dunia korporat, juga adalah pengasas ntv7 yang ditubuhkannya pada 1998, tetapi kemudian memutuskan untuk menjual pegangannya dalam saluran televisyen swasta itu.

Dalam tempoh itu juga, Mohd Effendi pernah menjadi Pengarah di Golden Plus Holdings Bhd (1992); Pengerusi Eksekutif, Encorp Resources Sdn Bhd (1995); Pengerusi, Quality Concrete Holdings Bhd (1996); Pengarah Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (1996); Pengarah Cement Manufacturers Sarawak Bhd (1996); Pengerusi Eksekutif Bukit Cahaya Country Resorts Sdn Bhd (1996); Pengarah The Edge (1996) dan Pengarah, Wawasan Kenyalang Sdn Bhd (1996).

Beliau meninggalkan dunia korporat bagi menumpukan perhatian dalam politik apabila dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Dalat untuk penggal kedua pada Pilihan Raya Negeri Sarawak pada tahun berkenaan.

Mohd Effendi adalah Adun Sarawak sehingga 1999, sebelum menjadi Ahli Parlimen antara 1999 hingga 2004.

Beliau dilantik sebagai Menteri Pertanian dari 1999 hingga 2004, dan menjadi Wakil Khas Perdana Menteri bagi Pendidikan Tinggi dengan status menteri pada September 2004.

Pada 2006 Mohd Effendi dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri menguruskan hal ehwal Unit Perancangan Ekonomi, jawatan yang dipegangnya sehingga 2008.

Sementara itu, Encorp, yang tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia pada 11 Februari 2003, terbabit dalam projek pembangunan hartanah kediaman khusus dan komersial serta pengurusan pembinaan.

Syarikat itu adalah pemaju Strand Encorp, ikon perniagaan merangkap pusat beli-belah yang terletak di kawasan Kota Damansara, Petaling Jaya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers