September 2, 2009

90 peratus dijangka guna RON95

PETRONAS Dagangan Bhd menjangkakan 90 peratus pelanggannya akan menggunakan petrol RON95 yang diperkenalkan secara rasmi mulai semalam.

Pengurus Besar Kanan, Bahagian Perniagaan Runcit Petronas Dagangan, Mohd Fadzlan Abdul Samad, berkata petrol baru yang dijual pada harga RM1.80 seliter itu sudah dijual di semua stesen minyak Petronas di seluruh negara.

“Ketika kami memperkenalkan Primax 95 di dua stesen kami di Putrajaya pada Mei lalu, 65 peratus pelanggan berpindah menggunakan petrol baru itu daripada RON97, dan selepas memperkenalkannya di stesen ketiga di Kepong pada Julai, kami dapati 95 peratus pelanggan berpindah kepada petrol berkenaan.

“Berdasarkan kepada perkembangan itu, kami anggarkan 90 peratus pelanggan akan menggunakan petrol RON95,” katanya sambil menambah syarikat itu juga tidak menerima sebarang aduan negatif, sebaliknya pujian oleh pengguna sejak memperkenalkan petrol baru itu.

Mohd Fadzlan berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran kad kredit Islam yang ditawarkan Petronas Dagangan dengan kerjasama dua institusi kewangan iaitu Maybank Islamic Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd.

Kad kredit itu dilancarkan Pengarah Urusan Petronas Dagangan, Sabarudin Mohd Amin, bersama Pemangku Ketua Eksekutif Maybank Islamic, Ibrahim Hassan dan Ketua Eksekutif CIMB Islamic, Badlishah Abdul Ghani.

Mulai semalam, kira-kira 3,500 stesen minyak seluruh negara mula menjual petrol RON95.

Mengenai kad kredit Petronas Maybank Islamic Ikhwan Visa dan Petronas CIMB Islamic MasterCard itu, kedua-dua Maybank dan CIMB menjangkakan masing-masing dapat menarik 100,000 pelanggan dalam tempoh setahun pengenalannya.

Ketika ini, Maybank Islamic memiliki 60,000 pemegang kad Ikhwan Visa manakala CIMB Islamic memiliki 12,000 pelanggan.

Kedua-dua kad kredit Islam berkenaan menawarkan ciri menarik termasuk rebat belian dan program ganjaran, selain tidak mengenakan caj yuran tahunan.

Borang permohonan bagi kedua-dua kad kredit itu boleh diperoleh di semua stesen Petronas di seluruh negara mulai 3 September.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers