September 11, 2009

Bursa kukuh seiring pasaran serantau

KUALA LUMPUR 10 Sept - Harga saham di Bursa Malaysia pulih hari ini dengan kenaikan mendadak dalam pasaran serantau mencetuskan minat belian dalam bursa tempatan, menjadikan indeks utama berada di atas paras psikologi 1,200 mata, kata para peniaga.

Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) menokok 0.4 peratus atau 4.82 mata untuk ditutup pada 1,201.28 didorong oleh peningkatan pada kaunter Astro, YTL Corporation dan Public Bank.

Indeks utama mencecah paras tertingginya hari ini iaitu 1,210.11 tetapi kegiatan mengambil untung dalam sektor utiliti dan perladangan telah menghakis kenaikan awalnya. Ia dibuka 2.14 mata lebih tinggi pada 1,198.60 pagi tadi. FBMEmas meningkat 34.37 mata kepada 8,088.07, FBM Top 100 naik 35.09 mata kepada 7,874.38, FBM70 juga menokok 49.34 mata kepada 7,964.56 manakala FBM Ace Index menambah 21.19 mata kepada 4,119.56.

Indeks Kewangan bertambah 35.99 mata kepada 9,702.22 dan Indeks Perusahaan menokok 1.72 mata kepada 2,634.38 tetapi Indeks Perladangan jatuh 7.98 mata kepada 5,952.52.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi dengan 380 berbanding 267 manakala 274 kaunter tidak berubah dan 333 lagi, tidak diniagakan. Jumlah dagangan meningkat sedikit kepada 649.288 juta saham bernilai RM1.252 bilion berbanding 647.634 juta saham bernilai RM1.069 bilion yang dicatatkan semalam.

KNM Group terus mendahului saham cergas dengan 72.330 juta saham bertukar tangan. Ia tidak berubah pada 72.5 sen. Genting Singapore (C) menyusut empat sen kepada 37 sen dan Astro menokok 15 sen kepada RM3.65 manakala SAAG Consolidated dan UEM Land kedua-duanya tidak berubah pada 24.5 sen dan RM1.64 setiap satu.

Jumlah dagangan di pasaran utama meningkat sedikit kepada 544.075 juta saham bernilai RM1.218 bilion berbanding 525.081 juta saham bernilai RM1.037 bilion pada Rabu. Jumlah dagangan pasaran ACE bagaimanapun menyusut kepada 52.614 juta saham bernilai RM14.696 juta berbanding 98.196 juta saham bernilai RM24.229 juta semalam.

Waran menokok 40.970 juta saham bernilai RM13.483 juta berbanding 19.270 juta saham bernilai RM5.218 juta sebelumnya.

Barangan pengguna menyumbang 39.503 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 130.551 juta, pembinaan 39.563 juta, perdagangan dan perkhimatan 176.645 juta, teknologi 9.966 juta, prasarana 20.988 juta, kewangan 46.974 juta, hotel 720,900, harta 63.397 juta, perladangan 14.527 juta, perlombongan 17,600, REITs 1.191 juta dan dana tertutup 32,000. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers