September 11, 2009

DRB-Hicom kaji jual, pasang kereta Volkswagen

DRB-HICOM Bhd mengkaji kemungkinan memasarkan dan seterusnya memasang kereta Volkswagen, kata Pengerusinya, Datuk Syed Mohamad Syed Murtaza.

Beliau berkata, konglomerat itu telah berbincang dengan pengeluar kereta Jerman itu mengenai perkara berkenaan tetapi belum ada sebarang keputusan lagi.

“Perbincangan dengan Volkswagen AG, iaitu pengeluar kereta terbesar Eropah itu telah berlangsung sejak beberapa lama,” katanya, tetapi enggan mengulas lanjut.

Mengenai perjanjian dengan General Motors Corp (GM), Syed Mohamad berkata, DRB-Hicom sedang melihat kemungkinan mengadakan aturan baru.

“Kami percaya yang General Motors turut terbabit dengan beberapa pihak, justeru, opsyen adalah terbuka,” katanya selepas mesyuarat agung tahunan DRB-Hicom di Petaling Jaya semalam.

Baru-baru ini, DRB-Hicom menafikan laporan yang General Motors Asia Pacific Holding Co LLC (GMAP), anak syarikat milik penuh GM telah menamatkan perjanjian dengannya bagi pengedaran eksklusif kenderaan Chevrolet di Malaysia.

“Setakat ini, perjanjian usaha sama dan pemegang saham antara DRB-Hicom dan GMAP masih sah. Ia tidak pernah ditamatkan,” kata DRB-Hicom kepada Bursa Malaysia baru-baru ini.

Kenyataan itu susulan satu laporan yang GM telah menamatkan perjanjian dengan DRB-Hicom.

Mengikut Syed Mohamed, pengunduran GM tidak akan memberi kesan kepada perniagaan DRB-Hicom memandangkan sumbangannya adalah tidak besar.

“Ia amat kecil,” katanya.

GM dijangka membuat pengumuman mengenai perjanjian berkenaan dengan DRB-Hicom menjelang akhir Oktober. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers