September 2, 2009

Public Mutual umum agihan pendapatan dua dana amanah

PUBLIC Mutual Bhd, mengumumkan pengagihan pendapatan bagi dua dananya, Public Dana SmallCap dan PB Dana Islamic Equity bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2009.

Anak syarikat milik penuh Public Bank bhd itu mengumumkan pengagihan pendapatan lapan sen seunit kepada pelabur Public Dana SmallCap dan dua sen seunit bagi PB Dana Islamic Equity.

Dalam kenyataan yang dikeluarkannya semalam, Public Mutual berkata, Public Dana Public Dana SmallCap yang dilancarkan pada 2000 adalah dana yang banyak memenangi anugerah, iaitu 10 anugerah dana dalam kategorinya termasuk Anugerah Dana Malaysia The Edge-Lipper dan Anugerah Dana Pelaburan Malaysia The Star/Standard & Poor’s.

Katanya, dana berkenaan menduduki tempat pertama untuk pulangan lima tahun dalam kategorinya dengan pulangan yang menarik iaitu sebanyak 90.3 peratus bagi tempoh berakhir 7 Ogos 2009, menurut Jadual Dana The Edge-Lipper bertarikh 17 Ogos lalu.

“Dana ini mencapai pulangan lebih baik daripada prestasi tanda arasnya yang mencatatkan pulangan sebanyak 49.5 peratus bagi tempoh sama,” katanya.

Public Dana SmallCap diedarkan oleh perunding unit amanah Public Mutual.

Sementara itu, PB Dana Islamic Equity yang dilancarkan pada 2005 dan diedarkan oleh cawangan Public Bank di seluruh negara menghasilkan pulangan tiga tahun sebanyak 29.9 peratus bagi tempoh yang sama.

Public Mutual adalah syarikat saham amanah swasta terbesar di Malaysia dan mengurus sebanyak 70 dana.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers