September 3, 2009

Toyota lancar Camry baru

UMW Toyota Motor Sdn Bhd, pemasang dan pengedar kenderaan penumpang dan komersial Toyota di Malaysia, menyasarkan untuk menjual lebih 1,000 unit sebulan Toyota Camry susulan pengenalan edisi terbaru model sedan eksekutif itu, semalam.

Presidennya, Kuah Kock Heng, berkata Toyota Camry yang mewakili 10 peratus daripada jualan keseluruhan UMW Toyota Motors tahun ini, dijangka terus menerajui pasaran kereta sedan eksekutif di Malaysia dengan penampilan lebih bergaya dan aksesori yang diberikan nafas baru.

Katanya, sejak diperkenalkan, Toyota Camry telah membina reputasi kukuh kerana kualiti, kebolehpercayaan dan keselesaan serta rekaan yang menarik hingga menjadikannya kereta sedan eksekutif bersaiz sederhana paling popular.

“Saya percaya pengenalan model terbaru Toyota Camry ini akan memberi kepuasan serta pulangan pemilikan terbaik kepada lebih banyak pelanggan kami di seluruh negara,” katanya sambil menambah syarikat turut mensasarkan peningkatan penguasaan pasaran Toyota Camry dalam sedan eksekutif kepada 15 peratus daripada 12 peratus ketika ini susulan pengenalan edisi terbaru itu.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Toyota Camry baru di Subang Jaya, Selangor, semalam.

Edisi terbaru Toyota Camry menawarkan tiga varian pilihan iaitu 2.4V, 2.0G dan 2.0E dengan beberapa perubahan pada bahagian luaran untuk menonjolkan gaya prestij dengan imej premium yang dimiliki oleh kenderaan itu.

Antara perubahan itu termasuk rekaan kekisi hadapan, lampu depan dan bampar yang menampilkan reka bentuk baru serta rekaan kombinasi lampu belakang manakala bingkai aloi turut diperbaharui.

Ciri baru diperkenalkan pada Toyota Camry baru itu termasuk Smart Entry & Start System bagi model 2.4V, kawalan perjalanan dan sebuah bicu tambahan (AUX) yang disambungkan kepada pemain muzik mudah alih seperti iPod.

Ia turut menawarkan warna pilihan terbaru iaitu Kelabu Metalik sebagai tambahan kepada koleksi lima warna berlainan yang dita-warkan untuk kereta terbabit. Berikutan permintaan yang semakin meningkat, warna Pearl White juga boleh didapati untuk model 2.0E.

Dengan pelbagai ciri baru dan peningkatan terhadap kesemua tiga varian Toyota Camry itu, harganya di atas jalan berserta insurans untuk pendaftaran persendirian ialah RM174,990 bagi 2.4V, RM154,990 bagi 2.0G dan RM144,990 bagi 2.0E.

Kuah berkata, sejak generasi baru Toyota Camry dilancarkan di negara ini pada Oktober 2006, sehingga kini lebih 28,000 unit model terbabit sudah dijual.

Katanya, berkata, antara ketiga-tiga varian Toyota Camry, 2.0G adalah yang paling digemari di negara ini dengan lebih daripada 12,300 unit telah didaftarkan, diikuti varian 2.4V yang mencatatkan jualan sebanyak 11,000 unit.

“Dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, UMW Toyota Motor telah menjual lebih 4,300 unit Toyota Camry,” katanya.

Tempahan untuk Toyota Camry baru itu kini dibuka dan kereta terbabit boleh didapati di semua cawangan UMW Toyota Motor di Semenanjung mulai esok, manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan mulai 11 September ini.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers