September 4, 2009

HLTMT sasar kumpul RM88.27j melalui Grip

HONG Leong Tokio Marine Takaful Bhd (HLTMT), menyasarkan mengumpul sehingga A$30 juta (RM88.27 juta) menerusi skim pelaburan HLTMT Global Recovery Income Plan (Grip).

Ketua Eksekutifnya, Ab Latiff Abu Bakar, berkata skim pelaburan perlindungan modal terbaru itu akan melabur berasaskan mata wang dolar Australia dalam produk pelaburan berstruktur yang berlandaskan syarak.

“Agihan pendapatan tahunan yang akan dibayar adalah 15 peratus iaitu 3.5 peratus pada tahun pertama, 4.75 peratus pada tahun kedua dan 6.75 peratus pada tahun ketiga sebelum matang pada tahun keempat dengan pembayaran keuntungan tambahan berdasarkan prestasi pelaburan ekuiti dan komoditi.

“Tempoh tawaran bagi skim ini dalah 45 hari bermula hari ini (semalam) hingga 15 Oktober dengan had pelaburan minimum A$10,000 dan maksimum A$600,000 bagi setiap pelabur,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Grip di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama Pengarah Urusan Produk Berstruktur Derivatif Asia Pasifik Citigroup, Harold Y Kim.

Ab Latiff berkata, Grip adalah pelan pelaburan perlindungan modal yang berlandaskan konsep Murabahah dan Wa’ad, yang mana pulangan pelaburan pada tarikh matang dibuat berdasarkan sekumpulan aset rujukan merangkumi ekuiti Amerika Syarikat dan Hong Kong serta komoditi seperti minyak mentah dan logam berharga.

Beliau berkata, dana itu akan diuruskan oleh Citigroup Global Markets Ltd (CGML), anak syarikat Citigroup Inc.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers