September 4, 2009

Dagangan Bursa kukuh

KUALA LUMPUR 3 Sept - Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup lebih kukuh hari ini, pulih sedikit daripada jualan besar-besaran semalam, dengan sebahagian besar minat dilihat di kaunter-kaunter saham berwajaran tinggi dan kaunter yang muncul dalam berita, kata seorang peniaga.

Pada penutup, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia meningkat 5.65 mata kepada 1,173.66, selepas dibuka 0.58 mata lebih tinggi pada 1,168.59.

Indeks Perusahaan menokok 5.31 mata kepada 2,589.43, Indeks Perladangan menambah 2.27 mata kepada 5,762.14, Indeks Kewangan menokok 33.301 mata kepada 9,458.11 manakala FBM Top 100 meningkat 38.92 mata kepada 7,699.17. FBM70 menambah 46.63 mata kepada 7,810.26 dan Indeks FBM Ace meningkat 36.09 mata kepada 4,101.49.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 454 berbanding 169 manakala 221 kaunter tidak berubah dan 407 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 588.547 juta saham bernilai RM985.374 juta berbanding 522.269 juta saham bernilai RM905.813 juta pada Rabu.

Antara kaunter yang mencatat kerugian tertinggi ialah Far East Holdings. Ia susut 40 sen kepada RM6.00, manakala Tien Wah Press dan British American Tobacco, masing-masing turun 29 sen dan 22 sen kepada RM2.00 dan RM45.58. Kaunter paling untung ialah Genting, yang menokok 36 sen kepada RM6.81.

Bagi saham berwajaran tinggi, Genting Malaysia menokok 11 sen kepada RM2.83, Astro menambah 12 sen kepada RM2.52, Sime Darby menokok tiga sen kepada RM8.23, MISC meningkat lima sen kepada RM8.84, manakala TM dan Axiata tidak berubah masing-masing pada RM3.13 dan RM3.09.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 529.208 juta saham bernilai RM971.068 juta berbanding 474.924 juta saham bernilai RM897.262 juta semalam.

Jumlah dagangan di pasaran ACE meningkat kepada 42.702 juta saham bernilai RM9.832 juta berbanding 34.379 juta saham bernilai RM5.629 juta pada Rabu.

Waran meningkat kepada 12.999 juta unit bernilai RM3.196 juta berbanding 10.863 juta unit bernilai RM2.046 juta sebelumnya.

Produk pengguna menyumbang sebanyak 64.858 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 98.18 juta, pembinaan 27.741 juta, perdagangan/perkhidmatan 156.277 juta, teknologi 46.497 juta, infrastruktur 18.965 juta, kewangan 35.658 juta, hotel 1.695 juta, hartanah 57.956 juta, perladangan 19.366 juta, perlombongan 4,000, REIT 1.939 juta dan dana tertutup 68,900.-Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers