September 4, 2009

OSK: Semak semula lesen Astro dipandang negatif?

KUALA LUMPUR 3 Sept. - OSK Research berkata, pihaknya melihat sebarang langkah oleh kerajaan untuk menyemak semula lesen operasi Astro (All Asia Network Plc) sebagai negatif memandangkan aliran tunai kukuh yang dijana oleh operasi TV berbayar domestik itu.

"Kami mendapati sukar untuk memahami tujuan semakan semula bagi asas yang disebut dalam artikel itu memandangkan komitmen tinggi Astro dan tumpuan kepada kandungan tempatan," kata OSK dalam nota penyelidikan pelaburannya.

OSK mengulas mengenai laporan berita semalam bahawa kerajaan mungkin menyemak semula lesen operasi eksklusif 20 tahun Astro untuk memastikan syarikat itu memasukkan lebih banyak program yang mesra kerajaan dan menyokong konsep 1Malaysia.

Sumber kerajaan dipetik oleh akhbar dalam talian itu sebagai berkata, "terdapat perbincangan mengenai semakan semula tetapi Astro enggan menerima sebarang perubahan".

Perubahan itu akan melibatkan perubahan kontrak dan bayaran balik kerugian disebabkan hak eksklusif yang kini dinikmati Astro, kata sumber itu.

Bagaimanapun, OSK berkata, isu itu diperbesar-besarkan.

"Kami difahamkan daripada pihak pengurusan bahawa rundingan dengan kerajaan telah berlangsung sejak 12 bulan lepas bagi peralihan perjanjian pelesenan sebelum ini yang terkandung dalam Akta Telekomunikasi dan Penyiaran sebelum ini kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1999 yang mungkin melibatkan pemindaan kepada syarat-syarat tertentu," kata agensi itu.

Kelewatan itu disebabkan peralihan politik awal tahun ini dengan pelantikan menteri baharu bagi Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

OSK berkata, pihaknya mengekalkan cadangan "beli" berdasarkan kepada harga sasaran RM3.92. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers