September 4, 2009

HDC sasar pelaburan asing RM500 juta

HALAL Industry Development Corporation (HDC) menyasarkan menarik pelaburan langsung asing (FDI) berjumlah RM500 juta menjelang tahun depan, di taman halal yang dibangunkannya di seluruh negara dengan kerjasama kerajaan negeri.

Naib Presiden Pembangunan Industri HDC, Nicholas Shariff Collins, berkata pihaknya kini giat berbincang dengan beberapa pihak luar bagi menarik mereka beroperasi di taman halal berkenaan.

“HDC sedang berbincang dengan beberapa pihak luar, khususnya syarikat multinasional yang menunjukkan minat beroperasi di taman halal itu. Malah, sudah ada syarikat yang akan memulakan operasi tidak lama lagi,” katanya pada taklimat media mengenai taman halal di Petaling Jaya, semalam.

Turut hadir, Pengurus Besar, Pembangunan Kapasiti, HDC, Dr Nor Azman Ngah.

Shariff berkata, dua syarikat besar iaitu pengeluar makanan dan minuman, F&N dan pengeluar barangan penjagaan diri untuk hotel, Concept Amenities dari Australia sudah mengesahkan untuk memulakan operasi di taman halal di Selangor, hujung tahun ini.

Beliau berkata, pelabur asing yang beroperasi di taman halal, selain diberikan pengecualian dan insentif cukai juga dibenarkan memiliki tanah persendirian dan menggaji juruteknik asing.

Katanya, matlamat untuk memusatkan industri halal di taman halal adalah untuk meningkatkan ekonomi syarikat yang beroperasi di situ, pada masa sama mengurangkan kesan buruk kepada alam sekitar.

“Di taman halal, pendekatan yang diambil adalah seperti pengeluaran yang bersih, pencegahan pencemaran, kesenangan untuk mendapatkan bahan mentah dan ramuan, kecekapan penggunaan tenaga serta kemudahan untuk berurusan dengan agensi kerajaan,” katanya.

Ketika ini, lima taman halal sudah beroperasi iaitu Zon Bebas Pelabuhan Klang dan Hab Halal Selangor di Pulau Indah, Selangor; Taman Halal Pedas, Negeri Sembilan; Taman Makanan Halal Serkam, Melaka dan Hab Halal Tanjung Manis , Sarawak.

Lapan lagi taman halal sedang dibangunkan iaitu Taman Makanan Halal Sungai Petani, Kedah; Hab Halal Padang Besar, Perlis; Hab Halal Gambang, Pahang; Taman Makanan Halal Chendering, Terengganu; Taman Makanan Halal Pasir Mas, Kelantan; Hab Pengedaran Halal Labuan; Taman Makanan Halal Prima, Gambang, Pahang dan Hab Halal Antarabangsa Pulau Pinang.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers