September 4, 2009

Rundingan Delhi sambung pusingan Doha

KETUA Pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Pascal Lamy meletakkan harapan kepada rundingan di Delhi, yang akan menyaksikan beberapa menteri perdagangan utama bermesyuarat untuk menggerakkan semula rundingan perdagangan pusingan Doha yang terhenti dan menepati jadual penyelesaiannya pada 2010.

"Mesyuarat ini mungkin menjadi permulaan kepada penyelesaian pusingan itu. Ini peluang merancang penyelesaian pusingan Doha pada 2010. Perbicangan ini akan menjadi tumpuan kita," katanya dalam ceramah mengenai WTO dan rundingan Doha, di New Delhi, semalam.

Lamy berkata, memandangkan iklim kewangan global semasa, usaha pelbagai hala bersepadu diperlukan bagi menjayakan rundingan Doha itu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Datuk Mustapa Mohamed, akan mengetuai perwakilan Malaysia ke rundingan di Delhi itu.

"Sama ada ia mengenai ketelusan sistem kewangan, menjana akses bagi pasaran barangan dan perkhidmatan, atau mempermudahkan perdagangan, cara yang paling cekap berkesan untuk mencapai matlamat ini tetap bergantung kepada pusingan Doha," kata Lamy.

Seramai 35 menteri perdagangan kini berkumpul di ibu kota India itu untuk merangka strategi baru menghidupkan semula Rundingan Pusingan Doha yang terbantut sejak Julai 2008. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers