September 4, 2009

Bina Puri raih projek substruktur RM36.6j

BINA Puri Construction Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Bina Puri Holdings Bhd, memperoleh projek substruktur bernilai RM36.6 juta daripada Sunsea Development Sdn Bhd di Kota Kinabalu, Sabah.

Projek berkenaan membabitkan pembinaan dan penyiapan kerja tanah, kerja cerucuk, asas tingkat bawah tanah dan dinding penahan tingkat bawah tanah bagi cadangan pembangunan komersial di bandar raya itu.

“Kerja substruktur berkenaan adalah sebahagian pembangunan dan pembinaan Kota Kinabalu City Waterfront (KKCW) yang dijangka siap dalam tempoh sembilan bulan,” kata Bina Puri dalam kenyataan semalam.

KKCW yang kerja awalnya bermula pada Februari lalu, adalah pembangunan komersial bercampur, merangkumi pusat beli-belah empat tingkat, suite kediaman dan hotel antarabangsa lima bintang, semuanya dibina di tanah seluas 1.248 hektar yang menghadap laut.

Projek itu adalah usaha sama antara DBKK Holdings Sdn Bhd dan Sunsea Development Sdn Bhd, anak syarikat Waterfront Urban Development Sdn Bhd, kata kenyataan itu.

Dengan kontrak berkenaan, nilai kontrak dalam tangan kumpulan Bina Puri Group kini berjumlah RM2.32 bilion, selepas berjaya mendapat projek baru bernilai RM1.15 bilion sehingga kini pada 2009.

Syarikat itu akan terus membida projek baru termasuk dalam dan luar negara, dan yakin memperoleh projek baru sebelum akhir tahun.

Sementara itu, projek Bina Puri Construction yang sedang dilaksanakan di Sabah, termasuk pembinaan dan penyiapan Dewan Kuliah Pusat Kedua dan Pusat Pasca Siswazah untuk Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu, Sabah serta pembangunan perumahan di Sayang Buang, Papar.

Ia menyiapkan projek bernilai kira-kira RM1.5 bilion di Sabah yang termasuk jalan tepi pantai Kota Kinabalu Sulaman sepanjang 38 kilometer, Institut Latihan Perindustrian Sabah, Wisma Perkeso, jalan dari Jalan Sipitang ke Tenom dan Jesselton Condominium.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers