September 4, 2009

Ali Kadir jadi pengerusi FRF

KUALA LUMPUR 3 Sept. - Menteri Kewangan melantik Datuk Ali Abdul Kadir sebagai Pengerusi Yayasan Pelaporan Kewangan (FRF) berkuat kuasa 1 Julai lalu.

Beliau menggantikan Datuk Johan Roslan selepas penggal perkhidmatannya berakhir pada 30 Jun lalu, kata Lembaga Standard Perakaunan Malaysia (MASB) dalam satu kenyataan hari ini.

Ali, seorang akauntan terkemuka, telah berkhidmat sebagai Pengerusi Ernst & Young, Suruhanjaya Sekuriti dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Ketua Asia Dubai Investment Group.

Beliau turut menganggotai FRF dari Mac 1999 hingga Feb 2004.

''Saya telah mengikuti perkembangan FRF dan MASB secara berterusan dan saya perlu menyatakan bahawa mereka telah berusaha gigih di segi pembangunan pelaporan kewangan di Malaysia, dan menjadikannya setaraf dengan peringkat antarabangsa melalui penyertaan aktif pada acara antarabangsa.

''Tugas saya ialah meningkatkan lagi usaha membangunkan pelaporan kewangan di Malaysia untuk menjadi antara yang terbaik dengan kemajuan semasa penggal perkhidmatan dua tahun,'' kata Ali dalam kenyataan itu.

Sementara itu, Johan berkata, beliau berpuas hati dengan kemajuan semasa tempoh perkhidmatan dua tahunnya.

Sepanjang tempoh perkhidmatannya, Johan banyak memberi tumpuan dalam perbincangan proaktif dengan Lembaga Standard Perakaunan Antarabangsa (IASB), melakukan input kepada standard IASB dan mengadakan perbincangan dengan pihak berkepentingan dalam dan luar negara.

''Bidang tumpuan khususnya ialah kewangan Islam. FRF dan MASB dijangka memainkan peranan di dalam menjadikan Malaysia satu kuasa kewangan Islam global dengan mengambil peranan utama di dalam pembangunan pendekatan perakaunan transaksi secara Islam di dalam kerangka IFRS (Standard Pelaporan Kewangan Antarabangsa),'' menurut Johan.

FRF dan MASB merupakan badan statutori yang diwujudkan di bawah Akta Pelaporan Kewangan 1997.

MASB mempunyai tanggung jawab tunggal untuk mengeluarkan standard perakaunan yang diluluskan bagi penggunaan di Malaysia manakala FRF memantau operasi dan prestasi MASB.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers