September 3, 2009

UBG ambil alih Pearl Thailand Holdings

UBG Bhd semalam memeterai perjanjian dengan Pearl Energy Ltd bagi mengambilalih keseluruhan modal terbitan dan berbayar dalam Pearl Thailand (Holdings) Ltd (PTH) pada harga AS$19.21 juta (RM61.81 juta), sekali gus membuka jalan kepadanya memasuki sektor minyak dan gas.

Pearl Energy adalah anak syarikat milik penuh Mubadala Development Company, sebuah syarikat pelaburan berpangkalan di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu.

Pengambilalihan itu membolehkan UBG memiliki kepentingan untuk menyertai konsesi petroleum luar pantai di enam blok yang mengandungi hidrokarbon baru di Teluk Siam.

“PTH menerusi anak syarikat miliknya memegang 20 peratus kepentingan penyertaan dalam empat konsesi petroleum dan 25 peratus kepentingan dalam dua konsesi selebihnya,” kata UBG dalam satu kenyataan semalam.

Syarikat itu berkata, pembelian itu akan dijelaskannya secara tunai menggunakan dana dalaman.

Selepas pengambilalihan itu, katanya, PTH akan terus memegang kepentingan majoriti dalam aspek kerja dan hak pengendalian dalam konsesi luar pantai itu menerusi anak syarikatnya yang lain.

Pengerusi UBG, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib, berkata penyertaan UBG dalam sektor minyak dan gas itu adalah satu peluang yang datang dan kumpulan akan mula membina kapasiti dalam sektor berkenaan.

“Kami juga sedang mendapatkan beberapa aset dan perniagaan lain untuk mengukuhkan kedudukan kami dalam sektor minyak dan gas dan memberikan lebih makna kepada perniagaan tenaga kumpulan,” katanya.

Beliau berkata, ketika ini portfolio pelaburan kumpulan itu termasuklah dalam sektor pembinaan dan prasarana air dan ia akan menjadi lebih seimbang.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers