September 3, 2009

Bank Islam raih untung sebelum cukai RM233.1j

BANK Islam Malaysia Bhd memuktamadkan pelan pemulihannya pada arah aliran memberangsangkan dengan meraih keuntungan sebelum zakat dan cukai sebanyak RM233.1 juta dalam tahun kewangan berakhir 30 Jun lalu.

Ia juga mencapai semua prestasi yang disasarkan dan sudah melaksanakan kelima-lima teras program pemulihan tiga tahun yang dilancarkan pada Oktober 2006 bagi memastikannya kembali mencatat keuntungan dan membina asas yang kukuh.

Pengarah Urusannya, Datuk Zukri Samad dalam kenyataan mengumumkan keputusan kewangan itu menegaskan, berikutan ke-jayaan pelan pemulihan yang digambarkan oleh keuntungan menggalakkan dalam tempoh tiga tahun kewangan berturut-turut itu, Bank Islam kini akan memulakan pula Pelan Pertumbuhan Mapan (SGP) tiga tahun.

Katanya, menerusi SGP, Bank Islam akan menumpukan kepada enam teras untuk menggerakkan pertumbuhan yang diterajui oleh inisiatif inovasi perniagaan diikuti dengan pengurusan risiko yang kukuh; pengu-kuhan infrastruktur; membina keupayaan dan kapasiti; pembangunan francais; serta pertumbuhan terancang dan pengembangan korporat.

“SGP akan dibina menerusi kejayaan Pelan Pemulihan, khususnya dalam tahun kewangan yang baru berakhir, dan diselaraskan dengan hasrat Bank Islam untuk menjadi peneraju global dalam perbankan Islam,” katanya.

Menjelaskan pencapaian dalam tahun kewangan dikaji, Zukri berkata, ia dicapai di sebalik keadaan ekonomi yang sukar, walaupun lebih rendah daripada RM308.3 juta yang diraih dalam tahun kewangan sebelumnya.

Penurunan keuntungan sebanyak 24 peratus itu, katanya disebabkan oleh kesan asas yang tinggi pada tahun kewangan sebelumnya berikutan hasil daripada pemulihan hutang yang tinggi sebanyak RM127.95 juta yang dicatatkan dalam tahun kewangan berkenaan.

Beliau berkata, dari segi operasi, keuntungan operasi bank itu meningkat 28 peratus kepada RM359.2 juta daripada RM280.2 juta yang bersandarkan kepada pertumbuhan pembiayaan bersih 6.6 peratus kepada RM9.7 bilion dan deposit sebanyak 21.4 peratus kepada RM25.2 bilion.

Katanya, jumlah pendapatan yang diraih Bank Islam dalam tempoh dikaji naik 10 peratus kepada RM1.27 bilion daripada RM1.15 bilion dengan pendapatan bukan berasaskan dana menyumbang 11 peratus daripada lapan peratus tahun lalu.

Zukri berkata, semua bahagian perniagaan bank itu mencatatkan prestasi memuaskan dengan perbankan pengguna kekal sebagai penyumbang terbesar mewakili 66 peratus atau RM7.1 juta kepada portfolio pembiayaan bank itu dalam tempoh kewangan yang dikaji.

Pendapatan bukan berasaskan dana pula mencatatkan kenaikan ketara sebanyak 46.7 peratus kepada RM131 juta dengan sumbangan khususnya daripada bahagian perbankan pelaburan korporat, perbendaharaan dan perbankan pengguna.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers