September 3, 2009

Pasaran dijangka bertahan - MIDF

KUALA LUMPUR 2 Sept. - Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) dijangka bertahan walaupun terdapat jangkaan kelembapan di Wall Street, kata MIDF Research.

Purata Perusahaan Dow Jones turun 185.7 mata atau -1.96 peratus daripada 9,496.3 kepada 9,310.6 berikutan aktiviti pengambilan untung pada Selasa.

Sentimen bagi tempoh beberapa minggu akan datang dijangka mengalami tekanan apabila pasaran mengenepikan berita makro positif, kata MIDF.

Bagaimanapun, momentum pasaran ekuiti dijangka berterusan kerana kecairan masih mengalir ke dalam pasaran, kata MIDF di dalam nota penyelidikannya.

"Minggu lepas, dana asing membeli ekuiti di dalam enam pasaran Asia (Taiwan, Korea Selatan, India, Thailand, Indonesia, Filipina) melonjak kepada AS$2.7 bilion (RM9.45 bilion)," kata syarikat penyelidikan itu.

Sementara itu, September dijangka menjadi bulan yang lesu bagi pasaran tempatan apabila pasaran berwaspada terhadap Wall Street dan menunggu gelombang seterusnya aliran masuk berita positif selepas pengumuman pendapatan 2009 yang menggalakkan. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers