September 3, 2009

Harga saham ditutup rendah

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut, sama seperti pasaran serantau penting yang lain, dengan kaunter berkaitan indeks utama mencatatkan kerugian.

Pada penutup, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia merosot 3.27 mata kepada 1,168.01 selepas dibuka 5.66 mata lebih rendah pada 1,165.62.

Sentimen dijejaskan lagi oleh kerugian semalaman di Wall Street berikutan kebimbangan baru mengenai keadaan ‘kesihatan’ sektor perbankan dan kewangan, kata peniaga.

Indeks Perusahaan turun 2.51 mata kepada 2,584.12, Indeks Perladangan susut 15.37 mata kepada 5,759.87, Indeks Kewangan berkurangan 8.46 mata kepada 9,424.81 dan Indeks FBM Top 100 merosot 18.72 mata kepada 7,660.25.

Indeks FBM70 lebih rendah 8.22 mata kepada 7,763.63 dan Indeks FBM Ace susut 23.89 mata kepada 4,065.40.

Saham rugi mengatasi saham untung dengan 421 berbalas 181 sementara 239 kaunter tidak berubah, 433 tidak diniagakan dan tiga yang lain digantung.

Jumlah dagangan mengukuh kepada 522.269 juta saham bernilai RM905.813 juta daripada 498.191 juta saham bernilai RM967.557 juta kelmarin.

Riverview mendahului saham yang rugi. Ia merosot 30 sen kepada RM2.15 sementara LKT Industrial lega 25 sen kepada RM1.75 dan Dutch Lady turun 20 sen kepada RM11.30.

Kaunter yang menongkah arus pula ialah British American Tobacco yang meningkat 80 sen kepada RM45.80, Tien Wah Press melonjak 30 sen kepada RM2.29, UBG mengembang 28 sen kepada RM2.78 dan Tanjong Public meningkat 26 sen kepada RM15.70.

Di kalangan saham yang aktif, KNM berkurangan 2.5 sen kepada 73.5 sen, Multi Sports lebih rendah empat sen kepada 51 sen, Compugates kekal pada tujuh sen, YTL Power turun dua sen kepada RM1.29 dan TAS Offshore mengecil lima sen kepada 75 sen.

Untuk saham berwajaran tinggi, Sime Darby turun enam sen kepada RM8.20, Maybank berkurangan tiga sen kepada RM6.40, Bumiputra-Commerce naik dua sen kepada RM10.24, Tenaga Nasional tidak berubah pada RM8.03 dan IOI Corp meningkat satu sen kepada RM5.05.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama melonjak kepada 474.924 juta saham bernilai RM897.262 juta berbanding 458.352 juta saham bernilai RM958.156 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan pasaran ACE mengukuh kepada 34.379 juta saham bernilai RM5.629 juta daripada 25.213 juta saham bernilai RM6.062 juta kelmarin.

Waran, bagaimanapun merosot kepada 10.863 juta unit bernilai RM2.046 juta daripada 12.937 juta unit bernilai RM2.841 juta sebelumnya.

Produk pengguna menguasai 49.90 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk perusahaan 117.364 juta, pembinaan 28.095 juta, urus niaga/perkhidmatan 148.999 juta, teknologi 17.373 juta, infrastruktur 16.095 juta, kewangan 38.379 juta, perhotelan 1.588 juta, hartanah 36.517 juta, perladangan 18.392 juta, perlombongan 10,000, REIT 2.157 juta dan dana tertutup 41,000. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers