September 14, 2009

Kesan mansuh FIC ambil masa

KUALA LUMPUR 13 Sept. - Pemansuhan garis panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) yang diumumkan baru-baru ini dijangka memberikan kesan positif terhadap kemasukan pelaburan asing apabila lebih banyak langkah mesra pelabur akan dilaksana.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, meskipun kerajaan masih belum mendapat maklum balas, pemansuhan FIC diyakini akan memberi kesan baik negara.

Beliau menjelaskan, kesan dan maklum balas pelaburan asing bukan boleh dilihat berdasarkan pemansuhan FIC itu semata-mata, sebaliknya ia perlu diselaraskan menerusi beberapa dasar membabitkan pelaburan.

''Kita tidak boleh melihat kesan pelaburan daripada FIC semata-mata tetapi saya percaya sebagai sebuah negara mesra pelabur sejak sekian lama, Malaysia akan mendapat faedah daripada langkah tersebut,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan sudah menerima sebarang maklum balas mengenai pelaburan selepas pemansuhan FIC diumumkan pada 30 Jun lalu.

Kerajaan telah memansuhkan Garis panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) yang mewajibkan pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti bumiputera bagi Tawaran Awal Permulaan (IPO) pada 30 Jun lalu.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers