September 14, 2009

Bergerak dalam jajaran sempit

KUALA LUMPUR 13 Sept. - Harga saham di Bursa Malaysia berkemungkinan bergerak dalam jajaran sempit minggu depan menjelang cuti umum sempena Hari Raya Aidilfitri.

Indeks utama dijangka mengalami pembetulan kecil selepas meningkat dengan ketara ke paras tertinggi dalam 14 bulan, minggu ini, kata peniaga.

Bursa tempatan melalui fasa pengukuhan minggu ini dengan petunjuk pasaran FBM KLCI melepasi paras psikologi 1,200 mata, dibantu oleh belian kukuh saham-saham mewah.

Bagaimanapun, pengambilan untung sederhana pada paras 1,210 mata, mengehadkan kenaikan.

"Indeks utama akan menyaksikan pembetulan kecil, kebanyakannya dalam bentuk pengambilan untung tetapi ini kegiatan sihat kerana sentimen pelabur bertambah baik ekoran tanda-tanda positif pemulihan ekonomi global," kata seorang peniaga.

Indeks Pengeluaran yang lebih baik daripada dijangkakan dan perangkaan eksport yang tinggi bagi Julai membantu menambah baik sentimen tempatan.

"Persekitaran pasaran global sebenarnya menyaksikan peningkatan besar.

Kenyataan daripada Setiausaha Perbendaharaan AS, Timothy Geithner, meningkatkan keyakinan terhadap pemulihan sebenar," kata seorang peniaga lain.

Geithner berkata, pengeluaran industri dan data-data ekonomi lain dari China, yang tidak disangka-sangka kukuh, mempertingkat keyakinan bahawa ekonomi global mulai melangkah keluar daripada kemelesetan.

Setiausaha Perbendaharaan itu menambah kata bahawa ekonomi AS berada pada kedudukan yang jauh lebih baik sekarang, daripada setahun lalu ketika ia berada di ambang keruntuhan.

"Namun demikian, kami yakin dapat menepati sasaran 1,246 mata bagi FBM KLCI sebelum akhir tahun," kata peniaga itu, sambil menambah bahawa pembentangan Bajet 2010 dan pengumuman Dasar Automotif Negara pada Oktober ini akan menyokong fundamental dasaran.

"Tetapi, dalam jangka terdekat, indeks utama perlu berundur sedikit sebelum ia mencapai sasaran," katanya.

Peniaga itu menjangkakan FBM KLCI menguji tahap halangan berikutnya pada 1,220 mata dan tahap sokongan pada 1,190-mata, minggu depan.

Berbanding Jumaat lepas, FBM KLCI 29.54 mata lebih tinggi pada 1,208.28 manakala Indeks FBM Emas meningkat 174.54 mata kepada 8,122.77.

Indeks FBM Top 100 naik 185.14 mata kepada 7,914.50, FBM 70 mengukuh 153.86 mata kepada 7,982.34 tetapi Indeks FBM ACE susut 52.43 mata kepada 4,079.74.

Indeks Kewangan melonjak 323.2 mata kepada 9,849.89, Indeks Perladangan meningkat 166.44 mata kepada 5,954.38 manakala Indeks Perusahaan menambah 51.36 mata kepada 2,639.67.

Jumlah dagangan bertambah kepada 3.313 bilion saham bernilai RM5.717 bilion daripada 2.207 bilion saham bernilai RM3.993 bilion, minggu lepas.

Jumlah dagangan pasaran utama meningkat sedikit kepada 2.815 bilion saham bernilai RM5.579 bilion berbanding 2.004 bilion unit bernilai RM3.88 bilion minggu lepas.

Pasaran ACE mencatatkan peningkatan jumlah dagangan kepada 267.363 juta saham bernilai RM64.459 juta daripada 139.349 juta saham bernilai RM110.179 juta minggu sebelumnya.

Waran opsyen belian juga bertambah kepada 204.205 juta saham bernilai RM61.759 juta daripada 64.628 juta unit bernilai RM14.322 juta.

- BERNAMA

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers