PETALING JAYA 31 Ogos - Avon Cosmestics (M) Sdn. Bhd. (Avon) akan menembusi pasaran Indonesia pada tahun depan.
Presidennya, Mansoor Wan Abdullah berkata, negara itu mempunyai pasaran luas serta memberi peluang kepada pekerja Malaysia meningkatkan kerjaya mereka.
''Kami sedang meninjau negara itu dan berharap pada suku ketiga tahun hadapan. Strategi perniagaan Avon di sana adalah sama seperti model perniagaan di Malaysia, Thailand dan Vietnam.
''Setakat ini, model yang kami laksanakan itu telah berjaya meningkatkan pertumbuhan jualan di Vietnam yang sebelum ini mengalami pertumbuhan mendatar,'' katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya.
Mansoor merupakan Presiden Avon di Malaysia, Thailand dan Vietnam.
Tambah Mansoor, untuk prestasi kewangan Avon Malaysia diharap lebih baik berbanding prestasi kewangan tahun lalu.
''Tahun 2009 merupakan tahun mencabar kepada semua jenis perniagaan, kerana pengguna mengambil sikap lebih berhati-hati dalam berbelanja.
''Pengguna kini mencari barangan yang memberi nilai kepada wang mereka tetapi kami optimistik keputusan kewangan adalah lebih baik berbanding tahun lalu,'' jelasnya.
Sementara itu, ekoran krisis ekonomi Avon telah melancarkan kempen peluang pendapatan bersama Avon ditujukan kepada wanita yang memerlukan pendapatan tambahan.
''Melalui rangkaian produk dan sistem jualan langsung serta 179 francaisi yang kami ada untuk memberikan perkhidmatan lebih baik.
''Avon mengambil pendekatan tengok, mencuba dan membeli. Setakat ini kami mempunyai 1,500 produk dengan 65 peratus terdiri daripada kosmetik dan selebihnya bukan kosmetik dan ini memudahkan pelanggan untuk mendapatkan produk keperluan mereka,'' katanya.
Beliau berkata, pendapatan yang diperolehi bersama Avon tidak seperti permasaran bertingkat (MLM) yang lain, tetapi dengan usaha keras pendapatan tambahan diterima adalah konsisten dan sekiranya setia bersama syarikat pendapatan itu boleh meningkat menjadi lumayan.
''Kelebihan lain yang diberikan Avon adalah modal yang diperlukan tidak begitu tinggi dan syarikat juga berkemampuan untuk memberikan kredit kepada pelanggan antara RM1,000 sehingga RM60,000 tanpa cagaran tidak pernah dilakukan oleh mana-mana syarikat lain.
''Kemampuan Avon untuk memberikan kredit itu adalah disebabkan pelanggan Malaysia telah membuktikan mereka tidak mempunyai masalah untuk membayar balik pinjaman tersebut," katanya.
Selain memberikan kredit, Avon turut memberikan latihan kecantikan dan jualan secara percuma kepada pelanggan untuk mendapatkan pendapatan tambahan.
Sementara itu, Mansoor berkata, apa yang membanggakan setakat ini mereka yang terlibat dengan program pendapatan bersama Avon ini adalah 80 peratus bumiputera dengan pecahan 50 peratus terdiri daripada suri rumah, 25 peratus pelajar dan ibu tunggal manakala selebihnya pekerja menjadikan Avon sebagai pendapatan sampingan mereka.
Katanya, Avon juga banyak memberikan insentif kepada peserta program dengan memberikan penghargaan seperti lawatan
ke luar negara kepada mereka yang mendapat jualan tertinggi.
Bergerak ke hadapan, Avon berharap dapat mengekalkan kedudukan sebagai pengeluar kosmetik utama di Malaysia dan menjadi syarikat jualan langsung nombor satu dalam beberapa tahun akan datang.
September 1, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com